Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Mee Champa

Salam Aidilfitri semua. Ala..rayakan sebulan. Ada yang masih belum masuk kerja? Rasanya masih ada yang bekerja dari rumah kan. Apapun, selamat bekerja dari rumah. Sambil-sambil bekerja dirumah, bolehlah mencuba pelbagai resepi.

Tak ada idea nak masak apa? Apa kata korang cuba masa Mee Champa ni. Tak pernah dengar lagi menu Mee Champa ni? ahahah, penulis pun sama…baru tahu pasal menu ni dan berkobar-kobar hendak mencuba.

Resepi mee champa ini adalah resepi makanan masyarakat Vietnam.

Kalau anda biasa makan ataupun seorang peminat tegar mee sup, anda pasti tidak menolak hidangan mee champa. Ianya ala-ala mee sup, resepi mee champa menggunakan rebusan air tulang yang menjadikannya sangat istimewa.

Mee champa yang pedas ini bertambah lazat apabila dinikmati bersama perahan asam limau, gula, sambal lada dan pelbagai lauk sampingan lain. Tak ramai yang mengetahui cara untuk membuat mee champa ini.

Ini kerana mee champa ini adalah resepi tradisional masyarakat champa yang berasal dari Vietnam. Kali ini kami kongsikan untuk anda resepi yang jarang dapat ditemui ini. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali di media sosial yang mendapat sambutan ribuan pengguna lain.

Champa adalah satu daerah silam di Vietnam yang mempunyai kerajaan Islamnya sendiri pada masa lalu. Kerajaan Champa yang diasaskan oleh orang Melayu adalah kerajaan yang pernah menguasai daerah yang sekarang termasuk Vietnam tengah dan selatan, diperkirakan antara abad ke-7 sampai dengan 1832.

Resepi ini dibahagikan kepada 4 bahagian. Resepi kuah, sambal lada, minyak bawang putih, dan lauk-lauk lain. Jom tengok macam mana nak buat resepi mee champa ini.Resepi Mee Champa 1

Isi Kandungan

Resepi Mee Champa

KUAH

Bahan-bahan

1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat ‘bone broth’
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* jika tiada kuah akan kurang ‘kick’
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

Cara Menyediakan Kuah Mee Champa

Didihkan air rebusan dan kemudian masukkan daging dan tulang dan biarkan selama 30 minit hingga 1 jam. Kemudian, buang air rebusan daging berserta kotoran tersebut.

Masukkan air dan tulang serta daging dan biarkan mendidih. Selepas 30 minit lihat sekiranya air rebusan masih berbuih-buih atau keruh, buang lagi airnya.

Masukkan air yang baru sebanyak 3 liter dan masukkan tulang dan daging dan teruskan lagi merebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan teruskan merebus tulang sehingga 5 atau 6 jam.Resepi Mee Champa 2

Bakarkan bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih sementara menunggu daging empuk.Resepi Mee Champa 3

Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dibakar tadi ke dalam rebusan tulang. Masukkan juga sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam dan lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan.

Semasa menceduk kuah untuk diletakkan ke dalam mangkuk mee, pastikan gunakan penapis untuk menapis bawang-bawang dan segala rempah-rempah yang ada di dalam rebusan. Ini supaya semasa makan sup akan bersih dan kosong sahaja.

Resepi Mee Champa 4

SAMBAL LADA

Bahan-bahan

4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam

Cara Menyediakan Sambal Lada Mee Champa

Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap

MINYAK BAWANG PUTIH

Bahan-bahan

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung

Cara Menyediakan Minyak Bawang Putih Mee Champa

Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning dan tutup api.

AKSESORI LAIN

kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu

Resepi Mee Champa 5

Tips

Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan ‘bone broth’. ‘Bone broth’ ni bagus untuk kesihatan kita.

Teknik membuang air rebusan pertama itu memang menjadi amalan masyarakat Vietnam untuk penyediaan sup ini.

Semasa hendak makan, bolehlah letakkan kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ini adalah penyedap mee sup ini. Sekali cuba mesti hendak lagi.

Kredit resepi dan gambar : Tahrunnisah Jali

Jangan lupa juga mencuba Resepi Yee Mee Sizling Ala Food Court

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More