Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Nasi Ala Kak Wok Mudah dan Sedap

Tentu ramai di luar sana mengemari kesedapan Nasi Kak Wok, nasi panas di makan bersama ayam goreng kunyit garing,  kuah gulai ayam dan sambal belacan sememangnya membangkitkan selera.

Kepada peminat Nasi Kak Wok, anda tidak perlu pergi membeli lagi nasi kegemaran anda ini.  Dikongsikan resepi Nasi Ala Kak Wok yang Mudah dan Sedap untuk anda cuba sendiri di rumah baru puas hati!

Isi Kandungan

Resepi Nasi Ala Kak Wok Mudah dan Sedap

 

Assalamualaikum…

Bersiaran pagi Rabu, hari ni saya nak berkongsi resepi Nasi Ala Kak Wok yang sangat sedap dan sungguh mudah membuatnya.Anak2 saya makan bertambah2 puas hati betul bila semua suka masakan kita kan?Tambah pula si kecil saya yang tersangatttttlah cerewet tu minta tambah nasi..wah memang menepati citarasa dia sungguh la.Okeylah pagi2 ni tak boleh nak karang panjang2 sebab banyak keje yang menanti.Inipun sempat update sementara menunggu ayam defroz kejap..Sat lagi nk stat masak dah..
 
Mengikut kata kak roz, gulai ayam untuk nasi kak wok ni tak boleh terlalu pekat..so, saya agak2 macam gulai Nasi Berlauk macam tulah..Untuk sambal tu saya gunakan resepi sambal jate..sebab mmg dah ready stok dalam peti ais.

RESEPI NASI KAK WOK

Kak Wok
Kak Wok
 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Resepi Asal kak Rozmaliza

Bahan A (Nasi Putih)

  • Masak Nasi Putih Macam Biasa letak daun pandan simpul.

Bahan B (Gulai Ayam)

  • 4 labu bawang besar merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 +1/2″ halia
  • 1 +1/2″ lengkuas
  • 3 sudu (b) rempah kari daging @ rempah gulai darat
  • 1 sudu (b) rempah kerutub
  • Kacang panjang – dipotong 2″
  • Terung potong kecik2
  • Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
  • Santan (jgn pekat sgt)
Cara2nya

1. Blend bawang merah putih halia, lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.

2. Rempah kari,rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.

3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.

4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap.
(gulai ayam ni tak tumis rempah kasar).

Bahan C (Ayam Goreng)

  • Ayam dipotong kecik2
  • Garam
  • 2″ kunyit hidup di tumbuk lumat
  • 1 sudu (k) serbuk kunyit
  • 1 sudu (k) serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • Sedikit kacang panjang (potong 2inci) LiNa Pg tambah
  • 1 batang karot (potong bentuk batang mancis)LiNa Pg tambah
  • Cili merah (hiris serong)LiNa Pg tambah
  • 1 labu bawang holland hiris (LiNa Pg tambah rcp asal xde

 

Cara2nya

1.Ayam basuh bersih2 dan ditoskan. Kemudian dipotong kecik2. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.

2. Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing. Angkat dan ketepikan.

3. Keluarkan lebihan minyak (tinggal sedikit sahaja)Tumis bawang holland hingga sedikit layu, masukkan sayuran tumis sekejap jer.

4. Kemudian masukkan ayam yang telah di goreng tadi.Masukkan cili merah gaul rata.Tutup api.

 

Bahan D (Sambal Belacan)

  • 4 biji cili kering – direbus
  • Cili padi ikut pedas
  • 2 inci belacan
  • 1 labu bawang besar dibakar
  • 1 labu bawang putih dibakar
  • Gula, garam, ajinomoto
  • Air asam jawa

 

Cara2nya

Blend semua bahan di atas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya..

Note: Untuk sambal LiNa Pg menggunakan resepi sendiri iaitu SAMBAL JATE sebab mmg stok sentiasa ada dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA!

SUMBER :  LINA PG

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More