Resepi Nasi Impit / Nasi Kapit Sambal Nyior Kelantan
Kepada anda yang sudah bosan makan ketupat segera yang berada di pasaran, mungkin untuk raya kali ini anda boleh mencuba membuat nasi impit anda sendiri.
Mari lihat perkongsian resepi menarik ini. Selamat mencuba!
Isi Kandungan
Resepi Nasi Impit / Nasi Kapit Sambal Nyior ( Sambal Nyior Kelantan )
Nak share tips ni..nak tak??
Seronoknya lahai..saya dah berjaya buat nasi impit sendiri 💃🏻💃🏻💃🏻
Sebelum ni asyik beli ketupat segera jer kan..
Skrg tidak lagi..boleh buat sendiri jer..
Update*
Saya buat nasi impit ni guna pressure cooker. So, saya mohon maaf kepada yg tak ada pressure cooker, rasanya boleh cuba masak dlm rice cooker biasa je.
Caranya senang saja,
Beras 1 cawan + air 3 cawan
(Beras biasa bukan basmathi)
Basuh beras bersih2 dan masukkan air .
Utk family saya saya masak 3 cup beras + 9 cup air.
Masukkan ke dlm pressure cooker. Saya punya p.c jenama primada.
Tekan butang congee /soup.
Dah..boleh tinggalkan dah..dah boleh buat kerja lain. Biar p.c ni yg buat kerja dia. Hihi..oh ya..jgn lupa ye jgn guna periuk steel tu..masak nasi dlm periuk yg non stick ye senang nanti nak terbalikkan nasi impit ni nanti. Dia keluar cantik je tak melekat pun.
Bila dah masak tu, satu tips ya utk keselamatan. Jgn release wap dia ok..biarkan dia keluar sendiri wap tu tak payah release ya! Lepas beberapa minit nampak macam dah ok tu baru lah buka tudung p.c itu..
Angkat periuk tu kemudian tekan2 nasi tu biar padat..guna senduk kayu je, tekan2 lah biar padat dan nmpk kemas. Lepas tu biarkan je nasi impit tu sejuk dalam tu. Tak perlu salin ke bekas lain dah. Tu cara saya la. Nanti dah betul2 sejuk, baru terbalikkan .bolehlah dipotong..(kalau masih panas /suam jgn keluarkan lagi dan jgn potong biar dulu beberapa jam)
Update* Resepi Sambal Nyior :
Kelapa sebiji digoreng tanpa minyak sehingga keperangan. Jangan hangit ye..
Ikan dipanggang tawar..ambil isinya sahaja
Nak sedap letak banyak ikan..
Bawang merah kecil 10 biji dihiris
Serai 3 batang dihiris
Garam, gula nise & gula pasir secukup rasa
Tumbuk atau kisar kering semua bahan2 .
Siap
Selamat mencuba ye sahabat2 MAHN..
Dari saya harap membantu,
Wan Roslina, hamba allah. rakyat marhaen..
SUMBER : FB MAHN Wan Ros Ina Lina