Resepi Nugget Ayam Homemade yang Simple & Sedap
Walaupun kita semua sedia maklum, bahagian isi dada ayam adalah bahagian yang kurang lemak, lebih berkhasiat dan kaya dengan protein tetapi masih lagi ramai kurang mengemarinya kerana bahagian ini lebih berdaging dari bahagian lain.
Oleh itu, di sini terdapat jalan penyelesaiannya, dari bahagian itu tersimpan beku begitu sahaja, lebih baik lagi hasilkan sendiri Nugget Ayam Tempura Homemade.
Rasanya tentulah jauh lebih sedap, berkhasiat dan terjamin kualitinya dari nugget sejuk beku yang dibeli di pasaraya.
Kini, para ibu bolehlah mencuba resepi ini bagi menghasilkan sendiri kudapan yang lebih mudah,, lebih jimat , tiada MSG dan dijamin halal untuk anak-anak dan keluarga tercinta.
Bahan-bahannya sangat mudah didapati. dan rasa sedap nugget ayam yang lembut sudah tentu akan menjadi kesukaan semua.
Baiklah untuk anda yang tidak sabar ingin tahu Resepi Nugget Ayam Homemade yang Simple dan Sedap ini.
Berikut dikongsikan resepi yang telah mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Nora Zi di Facebook.
Isi Kandungan
Resepi Nugget Ayam Homemade yang Simple & Sedap
Bahan-bahan :
- 1 ketul dada ayam blend kering
- 1 sudu lada hitam blen kering
- 1 biji bwg merah dan putih
- 1 biji telur
- Garam aji secukup rasa
Cara Membuat Nugget Ayam
1. Blend semua bahan dan tuang air sedikit untuk mengisar.
2. Tuang bahan blend tadi ke dalam bekas.
4. Masukkan tepung gandum 3 sudu.
5. Masukkan tepung pulut 2 sudu. Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk bagi pekatkan.
6. Gaul rata dan tambahkan hirisan daun sup dan sebagainya.
7. Setelah siap digaul, masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. (Dalam 10 hingga 15 minit).
8. Selepas itu potong ikut suka. Guna acuan kuih love atau bentuk star atau apapun boleh.
9. Celupkan dengan telur dan taburkan serbuk nugget atau tepung goreng ayam atau tepung roti pun boleh.
10. Golek rata dan goreng hingga masak dengan api sederhana panas.
SIAP!
Lihatlah hasilnya yang sangat menyelerakan ini.
Nugget Ayam Homemade yang Simple dan Sedap ini, sedia untuk dihidang dan dimakan sesi keluarga! Sangat mudah bukan?
TIPS : Kalau mahu frozenkan, goreng setengah masak kemudian sejukkan dulu baru simpan ke dalam freezer.
SELAMAT MENCUBA!
kredit : FB MAHN