Resepi Pengat Ubi Kayu Mudah dan Sedap Marvelous
Pengat ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Ubi kayu ialah sejenis sumber karbohidrat yang popular dan mudah didapati. Pada zaman dahulu di mana beras susah diperolehi, orang-orang kampung sering menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji alternatif mereka.
Isi Kandungan
Khasiat Ubi Kayu
Sebelum kita terus mencuba resipi pengat ubi kayu ini, adalah lebih baik untuk kita mengetahui akan kelebihan ubi kayu dalam kehidupan kita seharian. Antaranya adalah :
- Tingkatkan ketajaman dan fokus otak
- Lambatkan proses penuaan
- Tingkatkan tahap sensitiviti insulin
- Tingkatkan kesihatan jantung
- Kurangkan inflamasi
- Baiki ketidakstabilan emosi
Percepatkan pembakaran lemak
Pengat ubi kayu adalah satu makanan tradisi pada ketika dahulu. Ianya juga merupakan resipi pilihan terumataKepada anda yang mengemari pencuci mulut, berikut adalah perkongsian daripada RZH Resepi Pengat Ubi Kayu. Selamat Mencuba resipi pengat ubi kayu ni ye.
Resepi Pengat Ubi Kayu
Pengat ubi kayu ni kalau di kampung saya di Kelate, lebih dipanggil sebagai bubur ubi kayu. Bubur ubi ni sedap dimakan sama ada semasa panas atau disejukkan dalam peti sejuk. kedua-dua pilihan ni sedap. Tapi bila dah masak, memang akan terus dihidangkan panas panas. Semasa di kampung dulu, saya selalu buat bubur ubi kayu ni..memang salah satu favorite saya bila masak dessert.
Bahan-bahan dalam pengat ubi kayu
1. Ubi kayu dalam beberapa potong (mungkin dalam tujuh potong saiz dua inci bagi setiap satu potong, cukup untuk dimakan satu keluarga).
2. Santan dalam RM6, lagi pekat lagi sedap.
3. 3 kerek Gula Melaka (Nise) dan dalam lima enam sudu gula, bergantung kepada tahap kemanisan yaang diingini.
4. Dua helai daun pandan
5. Secubit garam
Cara-cara buat pengat ubi kayu
1. Kupaskan ubi kayu. Potong kecil ikut saiz yang diingini. Saya suka potong empat sahaja seketul ubi yang saiznya dalam satu inci seketul tu. ada juga yang suka potong kecik-kecik macam dadu semuat masuk mulut, tapi saya tak suka sebab nanti bila proses merebus, hilang ‘gebu berkapor’ ubi ni sebab dia dah terselam air sepenuhnya dan masaknya nanti tidak gebu macam dibakar tu.
2. Basuh bersih dan rebuskan dahulu untuk empuk kan ubi kayu ini. Masa merebus ni, ada tipsnya untuk jadikan ubi kayu tu ore Kelate sebut ‘berkapor’..maksudnya gebus gebas dan bahagian dalamnya putih berkapor, itu tandanya ubi tu nanti memang akan lemak dan gebu bila dimasak pengat nanti. Untuk dapatkan ubi yang sebegini, maka air masa merebus tu tidak boleh dimasuk banyak..dalam 1/4 periuk sahaja…jangan sampai ubi tenggelam…tapi perlu jaga2 apinya nanti sebab akan cepat hangit…periuk mesti ditutup..dan kena tengok selalu, kalau nampak air hampir kering dan ubi masih belum empuk, maka boleh tambah air sedikit….Saya selalunya akan selalu terhangit.hehehe. imaginekan macam ubi kayu yang kita bakar, apa jadi dengan isinya..gebu memutih kan…haaa mcm tu la lebih kurang yang kita nak…tapi dengan cara rebus…
3. Bila ubi dan empuk dan lembut, dan air rebusan juga sudah hampir kering, maka bolehlah masukkan santan tadi. Pastikan santan tidak terlalu pekat dan tidak cair…terlebih pekat tak mengapa, tapi jangan terlebih cair…tak sedap nanti pengat kita.
4. Masukkan Nise dan gula secukup rasa, juga secubit garam, api jangan terlalu besar, nanti berketul pulak pengat ni, kacau selalu selepas santan dimasukkan. Jangan lupa masukkan daun pandan yang telah disimpul bagi menambahkan aroma pengat ubi kayu ini.
5. Bila dah sekali dua menggelegak, maka pengat ini sudah boleh diangkat dan dihidangkan. Boleh dinikmati dengan air kosong sejuk…lagi best…atau dengan kopi o pun sedap juga…cuma manis lawan dengan manis tu…hehehe.
Resepi Pengat Ubi Kayu Terpaling Simple
Bahan-bahan
- Ubi kayu
- Santan
- Nisan atau gula melaka
- Sedikit garam
Cara buat pengat ubi kayu
- Buang kulit dan potong ubi.
- Satukan semua di dalam periuk dan masak selama 15 minit. Itu sahaja. Senang sahaja kan nak buat Pengat ubi kayu ini.
Selamat mencuba…saya jamin, bagi mereka yang suka dessert berkuah, mesti suka dengan pengat ubi kayu ini. rasanya mesti mengancam dan mengiurkan.
Salam Hormat kepada semua. sekiranya ada yang mencari Resepi Kerepek Ketam Krup Krap Viral, bolehlah cuba sendiri dirumah masing-masing.
sumber : RZH