Resepi Puding Roti Tembikai
Sempena puasa pertama ni, apa kata anda semua mencuba resepi Puding Roti Tembikai ni. Wah, cuaca panas-panas begini sesuai sangat lah kena ditekak bila waktu berbuka nanti. Boleh sejukkan dulu selepas dibuat. Pasti anak-anak dirumah suka dengan Puding Roti Tembikai ini. Bahan-bahannya pun mudah saja.
Disebabkan bazaar Ramadhan pun ditiadakan, sekali-sekala kita pelbagaikan makanan dirumah sendiri tentu lebih baik kan. Ibu-ibu sediakan sendiri.
Isi Kandungan
Resepi Puding Roti Tembikai
Bahan
1 paket agar-agar serbuk (clear) 10g
3 keping roti gardenia
4 cawan air kosong
5 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu kecil bijan hitam
Cara masak Puding Roti Tembikai :
- Carik-carikkan roti gardenia dan rendam dalam susu cair hingga lembut (anggaran 30minit). Kisar halus roti yang direndam tadi bersama susu cair dan susu pekat (menggunakan blender) Ketepikan.
- Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih.
- Masukkan roti yang dikisar tadi kedalam agar-agar. Tambahkan mentega dan esen vanila. Kacau dalam api perlahan hingga pekat.
- Ambil sedikit adunan agar-agar dan warnakan merah dan kuning. masukkan kedalam acuan.
- Baki agar-agar pula hendaklah dibiarkan dalam api perlahan untuk mengelakkan ianya beku dan keras.
- Ambil sedikit agar-agar dalam warna asal (putih) dan curahkan ke atas agar-agar merah dan kuning tadi. Biarkan beku.
- Bahagian agar-agar yang tinggal diwarnakan hijau. Curahkan ke atas bahagian putih tadi.
- Biarkan sejuk dan beku baru disimpan ke dalam peti sejuk.
- Keluarkan puding dari acuan.. ambl bijan hitam dan tabur diatas puding (seperti biji tembikai)
- Sedia dihidang.
sumber : FB Aznie Khasri