Sumber Rujukan Globalisasi Anda

1 Resepi Marvelous Rahsia Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Beras

Pada peminat cempedak goreng sudah semestinya tidak melepaskan peluang apabila musim cempadak tiba.  Haruman yang semerbak dan rasanya yang manis sudah semestinya membangkitkan selera.

Kebiasaannya resepi cempedak goreng menggunakan tepung beras, ini bertujuan untuk merangupkan salutan luar tepung apabila di goreng.

Namun begitu, di sini dikongsikan resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Menggunakan Tepung Beras dari Pn Fiza yang boleh anda cuba jika tiada tepung beras di rumah.

Cempedak Goreng

Resepi | Rahsia Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Beras

Musim durian dah berlalu, sekarang musim buah cempedak pula. Tak pasti lah semua tempat bermusim cempedak atau tidak. Kat Segamat pun musim cempedak dah hujung-hujung katanya. Tapi merasa jugalah rezeki dapat buah cempedak walaupun dah hujung-hujung musim. Dah dapat cempedak tu memang fikir nak goreng je sebab tak berapa suka nak makan macam tu je. Cempedak rangup memang sedap!

Kalau beli cempedak sekarang ni bukan main mahal lagi harga dia. Kadang tu kalau teringin memang beli je walaupun harganya seulas cempedak goreng 50sen. Almaklumlah kadang beli cempedak sebiji tu bukan ada banyak isi. Pernah beli sebiji RM10 tapi ada 5 ulas je. Syukur jugalah isi dia tebal dan besar. Fiza suka kalau cempedak digoreng rangup. Baru sedap makan. Sebelum ni Fiza guna resepi cempedak goreng tambah tepung beras. Kali ni ada resepi lain untuk buatkan cempedak goreng rangup.

Bahan-bahan
Tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam
Air sejuk (air dalam peti ais)
Minyak masak panas 2 sudu
Caranya cuma bancuhkan semua bahan dalam satu bekas. Sukatan tu bergantung pada berapa banyak cempedak yang nak digoreng tapi garam tu secubit pun dah cukup dah. Serbuk kunyit tu sikit pun dah okay untuk tambah warna kuning tu je. Air tu bergantung banyak mana tepung yang digunakan dan adunan tepung tu jangan terlampau cair sangat okay.

 

Masukkan buah cempedak dalam bancuhan tepung kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Bila buah cempedak dah masak, angkat dan toskan atas tisu supaya dapat menyerap lebihan minyak. Tak adalah cempedak goreng tu berminyak banyak nanti kan. Okay, itu je bahan-bahan yang boleh kau orang guna untuk goreng cempedak rangup kalau tak ada tepung beras tu.

 

Sebenarnya inilah resepi mak-mak kita sejak zaman berzaman. Tapi ada juga yang guna tepung beras untuk merangupkan gorengan cempedak tu. Ikut masing-masing punya citarasa dan cara lah. Dua-dua cara Fiza dah cuba guna pakai dan dua-dua cara pun menghasilkan cempedak goreng rangup yang sedap!

Terima kasih kepada Pn Fiza di atas perkongsian resepi yang sangat mudah untuk dicuba ini.  Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

1 Resepi Marvelous Rahsia Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Beras 1

sumber    :     Pn Fiza

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More