RESEPI RENDANG DENDENG SPECIAL SEDAP
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai ini!
Anda sudah memikirkan menu yang hendak dihidangkan pada tetamu? Walaupun di norma baru ini, masakan istimewa hari raya perlu juga disediakan bukan?
Jom lihat Resepi Rendang Dendeng Sedap dari FB WAHN untuk tatapan semua. Mungkin boleh membantu anda memilih resepi untuk memasak nanti.
Isi Kandungan
RESEPI RENDANG DENDENG SEDAP
Assalamualaikum semua.
Oleh kerana mood raya korban tak habis lagi. Masih ada lagi stok daging korban raya haji. Saya nak kongsikan resepi Rendang Dengdeng Sedap. Memang terangkat makan rendang dengdeng ni.
Kepada yang nak cuba. Boleh ikut panduan masak ni yea..
Jom masak sendiri
BAHAN-BAHAN
Daging – 1 kilo
Bawang Besar – ½ kilo (dikisar), kalau tak suka banyak kuah boleh kurangkan sukatan bawang
Homemade Cili Boh – 100 gm (anggaran 3-4 senduk)
Minyak – 4-5 senduk
Asam Keping – 2~3 keping (mengikut darjah kemasaman asam tersebut)
Serai – 2~3 btg
Halia 2-3 inci (ketuk, tumbuk atau hiris, ikut suka korang)
Garam
Gula
Kicap manis atau lemak (saya guna Kicap Tamin Dark Soy Sauce)
Air rebusan daging (anggaran 2-3 cawan)
DAGING
1. Rebus daging sampai empuk. Simpan air daging
2. Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”)
3. Tumbuk sekeping-sekeping daging yang dah dihiris
4. Perap daging yang ditumbuk dengan kicap
5. Goreng daging tersebut dengan api sederhana kuat
TUMIS
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili sehingga pecah minyak
2. Masukkan serai yang dititik, halia, asam keping, air daging
3. Masukkan daging (jangan masuk air lebihan kicap yang diperap-nanti warna tak cantik)
4. Masukkan Garam dan Gula secukup rasa
5. Sedia untuk dihidang.
*Awas! Tumisan akan melompat-lompat keluar dan sangat panas. Jauhi dari kanak-kanak kecil.
Saya guna kuali Supor, siap dengan penutup. Untuk elak tumisan melompat-lompat, saya tutup dan guna api kecil.
Selamat memasak!
Rendang Dendeng ini sedap dimakan dengan nasi, pulut, lemang, ketupat, roti atau ratah pun boleh.
Mudah dan menyelerakan! Selamat Mencuba!
SUMBER : Blog Resepi & Resepi Tradisi Bonda