RESEPI SALAD DAGING INI PASTI MEMBUATKAN ANDA TERLIUR
Jika anda mempunyai impian untuk menurunkan berat badan, salad perlu menjadi salah satu jenis makanan yang Anda masukkan dalam diet sihat. Anda boleh mulai dengan salad yang mengandungi banyak sayuran hijau. Selain mengandungi banyak nutrisi di dalamnya, sayuran hijau tinggi akan serat sehingga membuat anda kenyang lebih lama. Serat ini juga yang membantu menahan rasa lapar anda.
Selain itu, makan salad dalam jumlah yang mencukupi sebagai pengganti makanan anda membantu anda mengurangi jumlah kalori yang dimasukkan setiap harinya ke dalam tubuh. Hal ini juga membantu menurunkan berat badan perlahan-lahan.
Salad merupakan sajian yang terdiri dari sayuran dan buah-buahan yang menyimpan banyak nutrisi dan manfaat bagi tubuh anda. Semakin kerap anda makan salad, semakin banyak pula kandungan semulajadi yang anda dapatkan.
Selain itu, perhatikan jumlah salad yang Anda makan agar tidak menimbulkan penyakit. Hindari menambahkan gula buatan untuk menambah rasa manis pada salad. Anda boleh tambahkan buah atau madu sebagai pemanis semulajadi.
SALAD DAGING
Raya Aidiladha nanti pasti ramai yang akan menerima daging korban. Bagi yang sedang berdiet, resepi salad daging ini pasti menjadi pilihan anda. Jom cuba resepi ini!
Bahan-bahan SALAD DAGING:
250 gram daging
(A)
1 sudu makan air panas
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos ikan
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit gula
Pelbagai sayuran mengikut kesukaan
2 biji bawang dipotong
1 sudu makan cili merah
1 sudu makan cili padi
1 sudu makan daun ketumbar
Sebiji timun dipotong
1 biji bawang dipotong
2-3 helai daun kubis (hiasan)
1 sudu makan biji bijan (hiasan)
Cara-cara membuatnya:
1. Perap daging dengan sedikit lemaknya dan panggang, kemudian potong menjadi nipis.
2. Gabungkan semua bahan-bahan (A) dalam mangkuk. Masukkan daging yang dipotong dan gaul rata.
3. Campurkan semua sayur-sayuran pilihan anda, kemudian taburkan di atas pinggan yang dihias dengan daun kubis. Tuangkan daging di atasnya.
4. Taburkan biji bijan dan sedia dihidangkan.
sumber resepi : Kuali