3 Cadangan Resepi Sardin Mudah & Sedap Untuk Anda Cuba!
Berikut admin akan kongsikan beberapa Resepi Sardin yang menarik dan boleh cuba kerana ianya sangat mudah yang hanya menggunakan bahan utama, iaitu sardin.
Isi Kandungan
Cadangan Menu Menggunakan Sardin
Resepi Sardin yang admin akan kongsikan ini adalah versi daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
1. Resepi Sardin Sambal
Bahan-bahan Resepi Sardin Sambal versi Che Nom ini adalah seperti berikut:
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi
- 4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 hingga 2 biji kentang
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 1/2 biji bawang besar
- Garam secukup rasa
- Sedikit perahan jus limau nipis
- 1 tin besar sardin
Cara-cara untuk memasaknya pula adalah seperti yang berikut:
- Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Kemudian, kisar kasar.
- Potong membulat bawang besar (untuk taburan).
- Kupas kulit kentang dan potong wedges. Kemudian, rendam sekejap dan kemudian gaul dengan garam.
- Panaskan minyak dan goreng kentang. Apabila kentang sudah kelihatan perang, boleh angkat dan ketepikan.
- Asingkan isi ikan sardin dari kuah. Kemudian, goreng ikan sampai garing.
- Angkat ikan dan ketepikan dahulu.
- Tumis bahan kisar kasar tadi sampai layu.
- Masukkan semua kuah sardin dan kacau sampai pecah minyak.
- Masukkan garam, sos tiram, sos cili, kentang goreng dan ikan sardin goreng.
- Tambah air sedikit jika kuah kering.
- Perah sedikit jus limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan.
- Akhir sekali, tabur hirisan bawang besar dan cili padi.
- Sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas-panas.
2. Resepi Sardin Sambal Tumis
Bahan-bahan Resepi Sardin Sambal Tumis versi Che Nom pula adalah seperti berikut:
- 1 tin ikan sardin
- 3 hingga 4 sudu besar cili kisar
- 2 biji kentang
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 biji bawang merah, hiris nipis
- 2 hirisan nipis halia
- 1/2 mangkuk kecir air asam jawa
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- cili padi, jangan potong dan masukkan sebiji-sebiji
Cara-cara untuk memasaknya pula adalah seperti yang berikut:
- Asingkan isi ikan sardin dari kuahnya.
- Panaskan minyak anggaran 1 mangkuk kecil. Kemudian, tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing.
- Diikuti pula dengan kentang.
- Masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
- Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas-panas.
3. Resepi Sardin Roll
Bahan-bahan Resepi Sardin Roll versi Che Nom ini terbahagi kepada 2 perkara seperti berikut:
Bahan-Bahan Inti Sardin | Minyak masak 1 ulas bawang putih 1 biji bawang merah kecil 1 hingga 2 sudu besar cili kisar Sedikit air 1 tin besar / 425g sardin Sedikit garam 1 sudu kecil gula Sedikit air asam jawa 1 biji bawang besar 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah |
Bahan-Bahan Salutan Roti | 10 hingga 15 keping roti 3 hingga 4 biji telur 1/4 sudu kecil garam 1/2 sudu besar tepung gandum Mayonis |
Pertama sekali, kita kena sediakan atau masak inti sardin terlebih dahulu. Cara untuk membuat inti sardin adalah seperti berikut:
- Cincang bawang putih dan bawang merah kecil.
- Bawang besar potong dadu.
- Bacuh asam jawa dengan sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.
- Masukkan cili kisar dan sedikit air.
- Apabila sudah kelihatan garing, boleh masuk isi ikan sardin yang telah dihancurkan.
- Masukkan semua kuah sardin, garam, gula dan air asam jawa.
- Masak sehingga kering.
- Masukkan bawang besar dan serbuk lada sulah.
- Kemudian, boleh tutup api dan sejukkan.
Kemudian, barulah boleh membuat roti roll dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Leperkan roti menggunakan roller.
- Pecahkan telur, tambah garam dan tepung gandum. Pukul sebati adunan.
- Sapu mayonis dan inti sardin atas telur.
- Sapu adunan telur dihujung roti sebagai gam kemudian gulung roti kemas-kemas.
- Celup sardin roll dalam telur dan goreng dalam minyak sederhana panas.
- Apabila sudah garing pada kedua-dua belah, boleh angkat dan toskan minyak.
- Sedia untuk dimakan.
Info Tambahan
Resepi Sardin ini sangat sesuai untuk semua orang tidak kira dimana pun anda berada. Lagi sedap kalau dimakan pada musim hujan-hujan ini.
Selain Resepi Sardin, anda juga boleh cuba Resepi Ubi Tonyoh kerana ia juga sangat sesuai di musim tengkujuh ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!