RESEPI SOS SENGKUANG CALIT
Mendengar nama sengkuang calit pasti ramai yang sudah mengenali tentang keenakkan rasanya. Tidak puas jika makan satu sahaja, kini anda boleh buat sendiri di rumah. Boleh makan bersama keluarga berulang kali. Selain puas hati anda juga dapat jimatkan duit.
Jom kita rujuk resipi sos sengkuang calit
Mari lihat resepi sos sengkuang calit perkongsian oleh seorang pengguna facebook.
Resepi sos
- Cili kisar
- Kicap manis
- Sos cili
- Belacan
- Air asam jawa
- Gula
- *Tpung jgung
Optional – kacang tumbuk
CARA-CARA
- Satukan smua bahan diatas biar sebati.
- Masak dengan api perlahan.Masukkan air asam jawa
- last skali msukkn tpung jgung yg telah dibancuh air untuk pekatkan sos.
- Nanti rasa la,apa yg kurang..Ni sy xde sukatan ape2,agak2 je ni.
- Apabila sos sudah sejuk, boleh la disapu di atas sengkuang.
- sengkuang dipotong nipis lebih enak
- Kemudian, taburkan dengan kacang tumbuk yang sudah dicampur sedikit gula.
Bolehlah dihidangkan untuk seisi keluarga. Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu.
Ad ke yg suka sengkuang calit ni?? Kasi ❤️ skit. Selain ini, anda semua juga boleh cuba Resipi Nasi Tomato Noxxa Yang Sedap kalau ada noxxa ye.
Selamat mencuba!
Sumber : Hafizah Ibrahim