Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap

Selepas Tauhu Bergedil,  Tauhu Berlauk pula mengambil tempat untuk menjadi viral.

Teksturnya yang lembut, lengkap dengan rasa ayam dan sayuran dicicah pula dengan sambal kicap sememangnya membangkitkan selera.

Kepada pengemar tauhu anda wajib mencubanya!

Tahukan anda sebenarnya mudah sahaja untuk membuat sendiri. Rugilah kalau anda tidak mencubanya.

Jadi mari kita lihat resepi tauhu berlauk viral yang mudah dan sedap hasil perkongsian dari  bondakynn FB MAHN di bawah ini.

Isi Kandungan

RESEPI TAUHU BERLAUK VIRAL MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN

Resepi Tauhu Berlauk
Resepi Tauhu Berlauk
  • 2 ketul isi ayam (boleh juga digantikan dengan daging)
  • 3 keping tauhu petak
  • 4 ketul tauhu telur
  • 3 biji telur
  • Bawang holland
  • Lobak merah
  • Daun sup

CARA-CARA

 

1. Isi ayam, tauhu petak, tauhu telur dan telur dikisar sehingga hancur dan sebati.

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 1
Resepi Tauhu Berlauk

2.  Bahan-bahan yang telah dikisar tadi, diletakkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

Kemudian, masukkan bawang Holland, lobak merah dan daun sup yang telah dicincang halus.

Perasakan dengan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam (secukup rasa dan kehendak anda) dan seketul kiub ayam.  Jika ada, serbuk lada sulah juga boleh dimasukkan sekali.

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 2

3.  Gaul kesemua bahan sehingga sebati.

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 3

 

4.  Kemudian masukkan ke dalam acuan untuk dikukus.  Gunakan acuan yang bersesuaian.

Kukus selama 15 minit.  Sekiranya isi telah terkeluar dari acuan, tandanya bancuhan tadi telah masak.

Apabila sudah masak, tutup api dan keluarkan dari acuan tersebut.

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 4

Begini hasilnya setelah masak

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 5

5.  Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau, ambil tauhu yang telah dikukus tadi, celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 6

6.  Bila sudah kekuningan dan masak, angkat dan toskan

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 7

7.  Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama dengan sambal kicap.

Resepi Tauhu Berlauk Viral Mudah & Sedap 8

RESEPI SAMBAL KICAP

 

BAHAN-BAHAN

  • Kicap
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Gula
  • Garam

CARA-CARA

Kisar semua bahan di atas.  Masak seketika menggunakan api kecil (supaya sambal lebih tahan lama).  Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata. Siap!

Tahap kepedasan bergantung kepada selera anda sendiri.

Nampak menyelerakan bukan?

Sedap di makan waktu minum petang ataupun dijamu kepada tetamu yang datang.

Selamat mencuba!

sumber : bondakynn

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More