Resipi Nasi Tomato Noxxa Yang Sedap
Resipi Nasi Tomato Noxxa Yang Sedap sudah pasti menaikkan selera buat para penggemarnya. Ditambah pula dengan ayam masak merah sungguh sedap pasti menjadi hidangan yang menyelerakan buat makan tengah hari. Kali ini kami bawakan kepada anda menu yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia iaitu Nasi tomato.
Nasi tomato biasanya dihidangkan bersama ayam masak merah yang sesuai dihidangkan untuk kenduri, perayaan dan juga menyambut hari yang bermakna dalam hidup. Lagi melengkapkan hidangan ini jika dihidangkan bersama arca sayur. Menu ini popular di negara kita kerana rakyat Malaysia yang tidak boleh lari dari makanan ruji iaitu nasi. Selain dihidangkan bersama nasi, ayam masak merah boleh dihidangkan bersama spagheti, nasi putih dan banyak lagi. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian resepi di bawah ini untuk menikmati air tangan sendiri.
Isi Kandungan
Variasi Cara Masakan Nasi Tomato
Pada era teknologi dihujung jari ini sudah tiada alasan untuk tidak tahu memasak. Lihat saja media sosial seperti instagram dan facebok, ramai yang berkongsi menu masakan dengan style masakan mereka tersendiri. Kebanyakan faktor yang memberi kelainan pada setiap hasil air tangan adalah penggunaan bahan-bahan, jenama sos, kesegaran sayur atau ayam yang digunakan dan banyak lagi. Ada yang suka guna puri tomato dalam tin, tomato yang di blend sendiri atau nak lebih mudah hanya guna sos tomato. Semuanya atas selera anda dan sama ada ingin masak secara ringkas atau menambah banyak bahan. Nasi tomato juga boleh dimasak mengunakan rice cooker biasa, dapur ataupun pressure cooker seperto Noxxa ini. Setiap pilihan penggunaan akan memberi rasa berlainan.
Resipi Nasi Tomato Noxxa Yang Sedap
Masa Memasak : 30-40 Minit
Hidangan untuk 3 orang makan
Bahan- bahan Untuk Nasi
- Dua sudu minyak masak
- Enam ulas bawang merah dan bawang putih
- Halia , serai
- 3 sekawan, Bunga lawang Buah pelaga dan Kayu manis
- Setengah pot susu cair
- Dua sudu tomato puree
- Dua biji tomato (racik)
- Tiga pot beras basmathi (sebelum tu rendam beras selama setengah jam)
- Empat pot air
- Sedikit garam
Cara Penyediaan Nasi Tomato
Seperti masak nasi putih, masukkan beras ditambah sukatan air namun ditambah susu cair, tomato racik dan puree. Kemudian ,anda perlulah masukkan bahan halba seperti yang disenaraikan di atas. Bergantung pada anda sama ada ingin letak ataupun tidak mengikut selera anda.
Bahan- bahan Untuk Ayam Masak Merah
- Seekor ayam
- Dua batang serai
- Dua biji bawang besar dan bawang putih
- Cili kering yang diblender
- Tomato puree
- Sos cili
- Gula dan garam secukup rasa
- Hirisan bawang besar
Cara Masakan
Goreng ayam terlebih dahulu stir fry. Ketepikan dan boleh mulakan untuk penyediaan sos kuah merah. Seperti biasa masukkan minyak, bawang sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan cili kering yang sudah diblender, sos tomato dan puri tomato. Pastikan perasa secukup rasa dan masukkan ayam kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.
Cara Buat Acar Sedap
Bahan-bahan:
- Satu biji Nanas
- Satu biji timun
- Satu biji bawang besar
- Dua ulas lada besar merah
- Tiga sudu cuka
- Dua sudu besar gula
- Satu sudu kecil garam
Cara Masakan
Masukkan semua bahan diatas dan gaul sehingga sebati.
Tips: Inginkan cuba resepi yang lain? sila lihat resepi nasi lemak yang kami kongsikan buat anda.
Resepi Nasi Tomato Noxxa
Kami kongsikan video cara memasak nasi tomato menggunakan rice cooker Noxxa dan resepi ayam merah.
Mengapa Nasi Tomato Digemari Ramai?
Pernahkah anda pergi ketempat kenduri? anda pasti pernah melihat hidangan ini di sediakan kepada tetamu bukan? setaraf dengan nasi briyani, nasi dagang atau nasi lemak makanan ini dianggap kebanggaan oleh masyarakat tempatan. Semua kaum menyukainya. Namun tidak semestinya anda perlu ke kedai atau ke kenduri untuk menikmati hidangan ini, anda pon boleh buat sendiri. Walaupun nampak rumit namun tidak serumit yang disangka. Pilihlah cara masakan yang mudah tapi sedap jika anda seorang yang ringkas. Perkongsian Resipi Nasi Tomato Noxxa Yang Sedap kali ini antara yang mudah dan sesuai yang inginkan makanan siap dengan cepat. Semuanya bergantung kepada selera anda.
Ingin Cuba Menu Ini?
Diharap perkongsian Resipi Nasi Tomato Noxxa Yang Sedap dapat membantu anda menyediakan makanan kesukaan anda ini. Sebenarnya nak masak tidak susah. Sekarang sudah banyak perisa-perisa instant yang memastikan rasa masakan lebih sedap dan menjimatkan masa untuk memasak.