Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir, Semua Perlu Ambil Tahu!

Berikut dikongsikan mengenai risiko penyakit ketika musim banjir yang sangat perlu diambil tahu terutamanya kepada mangsa-mangsa yang berhadapan dengan musibah banjir.

Isi Kandungan

Senarai Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Banjir yang melanda pada musim tengkujuh boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit berjangkit kepada manusia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan antara risiko penyakit ketika musim banjir adalah seperti berikut:

PenyakitPuncaGejala
Keracunan MakananPengambilan makanan dan minuman yang tercemar.1. Sakit perut
2. Cirit-birit
3. Loya atau muntah
4. Sakit kepala dan pening
Cirit-Birit Berdarah (Disentri)Disentri yang disebabkan oleh organisme seperti kuman atau bakteria.1. Demam
2. Cirit-birit berdarah / berlendir
Kencing Tikus (Leptospirosis)Bakteria leptospira dalam air kencing haiwan mamalia yang dijangkiti antaranya tikus, kucing, anjing, kambing dan lembu.1. Demam
2. Sakit kepala
3. Loya / muntah
4. Sakit otot / abdomen
5. Kemerahan pada mata
6. Ruam
7. Juandis
8. Air kencing kehitaman
Taun (Korela)Kuman vibro cholerae. Taun mudah berjangkit dan sangat berbahaya. Simptom akan muncul beberapa jam sehingga lima (5) hari selepas terdedah kepada jangkitan.1. Cirit-birit
2. Dehidrasi teruk
Demam Kepialu (Typhoid)Kuman kepialu (salmonella typhi) yang terdapat di dalam kencing dan najis pesakit kepialu atau pembawanya. Makanan dan minuman tercemar najis dan muntah pesakit atau pembawa demam kepialu. Hinggapan lalat pada makanan yang terdedah. Melalui tangan yang terkena najis atau muntah pesakit atau pembawa kuman kepialu.1. Sakit kepala kuat
2. Sakit perut
3. Sembelit diikuti cirit-birit
4. Demam panas berpanjangan
5. Ruam
6. Mata layu dan cengkung
7. Tidak sedarkan diri
Sakit MataBoleh berjangkit melalui perkongsian alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan. Mudah berjangkit jika bergaul rapat dengan orang sakit mata.1. Mata merah, berair dan pedih
2. Tahi mata berlebihan
3. Mata terasa gatal dan sensitif pada cahaya
Hepatitis APenyakit bawaan makanan dan air disebabkan jangkitan virus Hepatitis A. Penyakit ini akan menular jika tidak mencuci tangan dengan menggunakan sabun, membuang najis di tempat selain tandas dan makan makanan terdedah yang telah dihinggapi lalat.1. Demam
2. Loya / muntah
3. Kurang selera makan
4. Air kencing seakan-akan warna coklat
5. Sakit perut
6. Mata atau kulit menjadi kuning / lesu
Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir
Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir, Semua Perlu Ambil Tahu! 1
Infografik Disediakan Oleh BERNAMA
Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir, Semua Perlu Ambil Tahu! 2
Infografik Disediakan Oleh BERNAMA

Jaga Kesihatan Diri Semasa Musim Banjir!

Antara langkah yang boleh dilakukan semasa musim banjir adalah:

  1. Minum air yang dimasak / air yang dibotolkan.
  2. Makan makanan yang dimasak sahaja.
  3. Buang makanan yang telah terendam air banjir.
  4. Tutup makanan supaya tidak dicemari dengan makhluk perosak.
  5. Pastikan penyediaan susu selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
  6. Amalkan ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan.
  7. Jangan makan makanan yang telah dihidang lebih daripada 4 jam.
  8. Guna tandas dengan betul.
  9. Jaga kebersihan diri dan persekitaran.
  10. Segera dapatkan rawatan jika bergejala penyakit bawaan air banjir.

Semoga perkongsian info tentang risiko penyakit ketika musim banjir ini bermanfaat dan dapat menambahkan pengetahuan umum kepada semua rakyat Malaysia diluar sana.

Artikel Berkaitan: Panduan Pengurusan Ubat Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More