Risiko Pil Perancang Kehamilan Dan 5 Tanda Tak Sesuai
Risiko pil perancang kehamilan yang akan kami bincangkan ini mungkin masih ramai yang tidak tahu. Pada sesetengah wanita, pengambilan pil ini ada untuk merancang kehamilan sahaja namun sebenarnya akan risiko atau side effect yang mungkin tidak semua orang akan mengalaminya.
Isi Kandungan
5 Tanda Pil Perancang Tak Sesuai
Menurut MyHEALTH, seperti mengambil ubat lain, di awal pengambilan pil perancang kehamilan ini juga mungkin ada kesan sampingan lain yang dirasai. Antara symptom atau tanda reaksi pil ini pada badan tidak bersesuaian adalah:
- Gangguan pada penglihatan termasuk penglihatan kabur
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit kaki pada peha atau betis yang teruk
- Sakit dada yang teruk, sesak nafas, atau batuk berdarah
- Sakit perut yang teruk
Dinasihatkan berjumpa dengan doktor jika anda mengalami tanda atau symptom seperti itu bagi mengelakkan kesan lain yang lebih teruk dan berpanjangan.
Risiko Pil Perancang Kehamilan
Di antara kesan sampingan atau risiko pil perancang kehamilan adalah seperti berikut:
- Pendarahan vagina
Pendarahan vagina yang tidak normal atau tompokan darah mungkin berlaku sepanjang tempoh pengambilan pil pencegah kehamilan. Pendarahan kerap berlaku semasa bulan-bulan awal pengambilan pil pencegah kehamilan tetapi boleh juga berlaku apabila anda telah mengambil pil pencegah kehamilan untuk tempoh yang lama. Pendarahan yang berlaku adalah bersifat sementara dan kebiasaan tidak berkait dengan masalah kesihatan yang serius. Penting bagi anda untuk mengambil pil tersebut mengikut jadual. Jika pendarahan vagina berlaku melebihi satu kitaran atau berlanjutan sehingga beberapa hari, sila berjumpa doktor. - Kanta lekap
Jika anda menggunakan kanta lekap dan mendapati terdapat gangguan pada penglihatan atau tidak dapat menggunakan kanta lekap, sila berjumpa doktor. - Edema/bengkak badan
Pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan edema (retensi air dalam badan) seperti sembap pada jari tangan atau buku lali dan peningkatan pada tekanan darah. Sekiranya anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor. - Melasma
Tompok hitam pada kulit terutamanya di kawasan muka. - Kesan-kesan sampingan lain
Kesan sampingan lain yang mungkin dialami termasuk loya, muntah, perubahan kepada selera makan, sakit kepala, gemuruh, kemurungan, pening, keguguran rambut, ruam dan juga jangkitan pada vagina.
Penutup
Justeru, meskipun pada awalnya pengambilan pil perancang kehamilan adalah demi kebaikan bersama dalam perjalanan membesarkan zuriat yang masih kecil, tapi jangan sampai ia memudaratkan kesihatan. Pengambilan pil perancang kehamilan ini bukan tidak boleh, tapi ianya baik dan perlu dapatkan nasihat daripada doktor.