RM500 Untuk Pesara, Bekas Polis Penerima PJPN, Petugas Zaman Darurat
Adakah anda seorang pesara, bekas polis penerima PJPN atau petugas zaman darurat?Kerajaan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2021 bahawa bayaran ‘one off’ sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pesara dan bekas polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.
Isi Kandungan
RM500 DIJANGKA TERIMA BERMULA MAC 2021
Bayaran dijangka dibuat dari Mac hingga November depan itu akan diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan, Bukit Aman kepada kepada mereka yang layak mengikut statut PJPN, termasuk yang belum menerima pingat.
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan adalah pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan dan perlu disahkan seperti disyaratkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7, Tahun 2018, menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din.
UNTUK PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI
- Talian 03-22664011/4012/4013/4015 dan Bilik Gerakan ePesara PDRM yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja.
Sumber : Berita Harian