Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan / Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan [show]

Makluman Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan (Road-Ban) Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025

Kementerian Pengangkutan (MoT) melalui agensinya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyelaras pelaksanaan penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat (4) hari Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Kementerian Pengangkutan (MoT) memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan

  • pada 29 Mac 2025 dan 30 Mac 2025 (sebelum perayaan), serta
  • pada 5 April 2025 dan 6 April 2025 (selepas perayaan),

mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.

Tujuan utama Road-Ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

Selain itu, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan melibatkan jalan jalan persekutuan seluruh negara bersama-sama pelaksanaan Road-Ban ini bermula 28 Mac 2025 sehingga 6 April 2025.

Bagi memastikan pematuhan terhadap Perintah Larangan, pihak JPJ akan mengatur gerak pasukan penguatkuasaan secara aktif di seluruh negara menerusi pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 dan operasi bersepadu bersama pihak agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

Rujuk Lokasi Kamera AwAS (Speed Trap JPJ Di Seluruh Malaysia) yang terkini supaya anda tahu lokasi Kamera AwAS dan patuhi had laju yang ditetapkan.

Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 1
Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri

Jadual Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan / Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 ini akan berkuatkuasa mengikut jadual seperti berikut:

KategoriKenderaan Yang TerlibatLarangan Pergerakan
1– Lori pengangkut kenderaan (car carrier) dan lori jongket (tipper / dumper / tipping) yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg dan mempunyai Lesen Pengendali, lori pengangkut rendah, pole trailer, lori tangki simen (bulk cement tanker), platform trailer, lori balak, jentera berat beroda dan traktor.
– Lori pengangkut barangan simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan yang lain, amang, biji timah, arang batu dan bahan galian yang lain.
Sepanjang masa.
2– Semua lori kontena yang mengangkut barang (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri yang sama dan sebaliknya);
– Lori mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri (barangan berasaskan kimia, sawit dan getah) dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri dan sebaliknya);
– Lori mengangkut barangan pengeluaran hasil sawit dan getah dari ladang ke kawasan industri;
– Lori tanpa muatan.
8.00 malam hingga 8.00 pagi.
3– Kren bergerak dan lori pembancuh simen.6.00 petang hingga 6.00 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.

Jentera berat beroda dan kren bergerak adalah diberi pengecualian untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan.

Selain itu, mana-mana kenderaan barangan atau dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual di atas adalah dibenarkan untuk menggunakan kenderaan dalam tempoh Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan / Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Tips Keselamatan Di Jalan Raya

Kepada semua penunggang motorsikal, berikut adalah beberapa tips jalan raya untuk motorsikal yang disarankan oleh pihak JPJ, iaitu:

  1. Rancang perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain dalam jarak yang dekat pada sepanjang masa.
  4. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong.
  5. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.
  6. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

Selain itu, langkah-langkah mudah untuk perjalanan yang selamat adalah seperti berikut:

  1. Periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Periksa brek, tayar dan lampu kenderaan anda.
  2. Rancang masa perjalanan anda. Dapatkan rehat yang cukup sebelum memandu.
  3. Peka dengan keadaan pemanduan. Perhatikan bahaya di jalan raya dan keadaan cuaca.
  4. Patuhi tanda dan arahan jalan raya. Jangan langgar undang-undang. Patuhi had laju yang ditetapkan.
  5. Selalu berhenti untuk berehat. Rancang bila dan di mana untuk berhenti rehat.
  6. Bersedia menghadapi kecemasan. Pastikan kenderaan anda dilengkapi dengan peti pertolongan cemas dan tanda segi tiga keselamatan.
Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 2
Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri

Diharapkan info Road-Ban Sempena Hari Raya Aidilfitri ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More