Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ROTI LASAGNA YANG MENYELERAKAN

Lasagna ialah kepingan pasta yang dilapiskan bersama inti daging atau ayam yang dikisar, dicampur dengan sos tomoto dan sos keju pada setiap lapisan. Lapisan yang atas pula ditaburi dengan mozarella cheese untuk “effect” yang lebih menyelerakan.

Biasa kita buat lasagna mengunakan kepingan lasagna segera yang di jual di pasaraya. tidak semua pasaraya ada menjual kepingan lasagna ini.Kali ini mari cuba buat menggunakan roti. selain lebih mudah,kos hendak buat juga lebih murah.

Resepi ini di sumbangkan oleh seorang suri rumah bernama Nazatul Fairuz di page buat orang lapo.

Dalam resepi ni, saya bakar roti dengan menggunakan oven. Kalau tak ada oven, jangan risau sebab roti ni juga boleh dimasak dengan kuali biasa di atas dapur gas. Cuma lapikkan roti 2 lapis sahaja. Letakkan di atas kuali dan masak di atas dapur menggunakan api kecil. Tutup kuali supaya roti masak sekata. Kalau tak guna non stick pan, boleh letak sedikit minyak supaya roti tidak melekat pada kuali. Satu lagi kaedah lain jika tak mahu menggunakan minyak, boleh balut roti dengan aluminium foil dan bakar di atas kuali seperti biasa.

Isi Kandungan

Bahan-bahan Roti Lasagna:

  • 1 Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 400gm Daging Cincang
  • 4 Sb Sos Cili
  • 3 Sb Sos Tomato
  • 1 Cawan Sayur Campuran
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Lada Hitam
  • 2 biji Telur
  • 1/2 Cawan Susu Segar
  • Roti
  • Keju (Keju pilihan anda)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. (boleh tumis sekali dengan cili padi @ cili kering kisar kalau nak pedas)
  2. Masukkan daging cincang. Kacau dan biarkan sehingga daging masak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan juga serbuk lada hitam.
  5. Masukkan juga sayur campur dan kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  6. Pukul telur sedikit dan campurkan dengan susu segar.
  7. Celup roti ke dalam telur dan susun di dalam loyang.
  8. Ratakan daging yang telah dimasak tadi di atas roti dan taburkan cheese secukupnya.
  9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga habis.
  10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170°c atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu).
roti lasagna

Kredit : Nazatul Fairuz

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More