Sumber Rujukan Globalisasi Anda

13 Rukun Solat Terbahagi Kepada 3 Bahagian

Berikut dikongsikan mengenai rukun solat yang wajib diketahui oleh semua umat Islam di luar sana agar solat anda lebih sempurna.

Isi Kandungan

Apa Itu Rukun Solat?

Rukun dari segi bahasa bermaksud asas atau tiang bagi sesuatu.

Rukun solat pula bermaksud asas perbuatan-perbuatan dan bacaan yang wajib dilakukan secara tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah tanpanya.

Rukun solat terbahagi pula kepada tiga (3) bahagian, iaitu

  • Rukun Qalbi (Hati).
  • Rukun Qauli (Perkataan).
  • Rukun Fi’li (Perbuatan).
13 Rukun Solat Terbahagi Kepada 3 Bahagian 1

Pembahagian 13 Rukun Solat

Terdapat 13 rukun solat yang wajib dilakukan semasa menunaikan solat, iaitu seperti berikut:

13 Rukun Solat Terbahagi Kepada 3 Bahagian 2
13 Rukun Solat Terbahagi Kepada 3 Bahagian 3
Rukun SolatMaksud
Berdiri TegakMaksud berdiri tegak adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat dan disunatkan menundukkan sedikit kepala untuk memandang ke tempat sujud.
NiatNiat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati. Niat bagi setiap solat adalah berbeza-beza mengikut jenis solat.
Takbiratul IhramTakbiratul ihram adalah perbuatan melafazkan “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.
Membaca Surah Al-FatihahSurah Al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.
Rukuk Dengan TamakninahRukuk adalah perbuatan membongkokkan tubuh badan 90 darjah (kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung). Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut. 
Iktidal Dengan TamakninahIktidal adalah perbuatan berdiri tegak selepas rukuk.
Sujud Dua Kali Pada Setiap Rakaat Dengan TamakninahSujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. 7 anggota sujud wajib diletakkan di kawasan sujud. Anggota sujud adalah dahi (1 anggota), kedua-dua tapak tangan (2 anggota), kedua-dua lutut (2 anggota) dan kedua-dua kaki (2 anggota).
Duduk Antara Dua Sujud Dengan TamakninahDuduk antara dua sujud ialah duduk sebentar secara iftirasy selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.
Duduk Tasyahud Akhir Dengan TamakninahDuduk tasyahud akhir adalah duduk secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha ketika membaca tasyahud akhir sebelum memberi salam.
Membaca Tasyahud AkhirMembaca tasyahud akhir dengan sempurna.
Membaca Selawat Ke Atas Nabi Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam tasyahud akhir.
Memberi SalamMemberi salam dengan sempurna.
TertibSetiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More