RUMAH KEKAL WANGI DAN BERSIH DENGAN MENGAMALKAN 4 PETUA INI
Rumah kekal wangi adalah igauwan dan impian bagi setiap keluarga. Rumah yang sentiasa bersih dan wangi adalah idaman setiap wanita. Buat wanita yang bekerjaya, hendak kemas hari-hari pasti tiada masa. Mana kan tidak, sudah pulang bekerja hendak memasak pula untuk keluarga, kadang karenah anak-anak buat sepah juga memeningkan kepala. Sememangnya tiada masa untuk mengemas setiap hari. Jika mampu pun, kena tunggu dahulu anak-anak tidur. Inilah punca ramai ibu yang stress. Siang penat bekerja,sudah pulang di tambah pula lagi dengan kerja rumah.
Kini para ibu boleh mencuba beberapa petua agar dapat meringankan kerja di rumah. Dengan mengamalkan petua ini, rumah akan sentiasa bersih dan wangi. Apabila pulang dari bekerja hati juga senang. Barulah kepala tidak serabut memikirkan pelbagai kerja yang perlu dilakukan.
Isi Kandungan
Jom ikuti petua untuk rumah kekal wangi
Antara petua yang boleh dicuba yang disumbangkan oleh Nik Zainah Muhammad:
Perabot tidak lekat habuk
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Kilatkan lantai
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba! Untuk mencantikkan lagi dapur kita, anda juga bolehlah membaca MAKEOVER DAPUR HANYA GUNAKAN WALLPAPER sahaja.
Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
Segarkan tandas
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Semoga dengan perkongsian ini dapat meringan sedikit kerja para ibu untuk mengemas rumah. Rumah bersih dan selesa keluarga juga akan bahagia dan ceria.
Semoga bermanfaat!
Kredit : Nik Zainah Muhammad