Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda Sebanyak 12,000 Unit Dibina & Daftar Mulai 23 Feb
Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda ini adalah Inisiatif kerajaan bagi memastikan golongan muda mampu memiliki rumah sendiri. Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan membina 12,000 unit kediaman berharga RM200,000 di bawah program Residensi Prihatin di Putrajaya.
Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam kemaskini di Twitter menyatakan sebanyak 12,000 unit kediaman Residen Prihatin bakal dibina khas untuk anak muda.
Menurut beliau, rumah ini dijangkakan pada harga RM200,000 dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. projek itu akan dilancarkan pada 22 Feb ini dan dijangka mengambil tempoh 24 hingga 30 bulan untuk siap.
Isi Kandungan
Menurut laman Twitter beliau :
“Rumah tiga bilik, dua bilik air dengan harga di bawah harga pasaran, didedikasikan kepada pasangan muda memiliki rumah dia pada usia muda. Pendaftaran bermula pada 23 Februari.” – Annuar Musa
Kredit : Annuar Musa
Kementerian akan membuka permohonan kepada pembeli, dengan keutamaan kepada penjawat awam dan golongan muda yang berkeluarga, pada 23 Feb ini, katanya.
Beliau yakin projek tersebut akan mendapat sambutan memandangkan ramai pemohon sebelum ini gagal membeli rumah berharga RM300,000 menerusi Program Rumah Wilayah yang ditawarkan sebelum ini.
Penutup
Diharapkan agar usaha yang dilakukan ini benar-benar dapat membantu golongan muda. Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Anda juga mungkin berminat dengan Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah Permohonan Bantuan Orang Tua JKM 2021