Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Tahun 2024

Berikut dikongsikan mengenai hebahan untuk tempahan penginapan Rumah Peranginan Persekutuan untuk semua Penjawat Awam.

Isi Kandungan

Apa Itu Rumah Peranginan Persekutuan?

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah merupakan antara manfaat yang disediakan buat semua Penjawat Awam.

Malangnya, tidak ramai yang tahu akan manfaat ini dan ada juga yang tidak pernah menikmatinya sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan sehinggalah mereka bersara.

Secara umumnya, Rumah Peranginan Persekutuan ini terbahagi kepada tiga (3), iaitu:

  1. Rumah Peranginan Persekutuan Premier (RPPP).
  2. Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif (RPPE).
  3. Rumah Tamu (RT).

RPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirehat kepada Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Manakala, RT merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Setiap pemohon layak untuk menginap di RPP namun terhad kepada tiga (3) kali setahun kecuali bagi RT.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan untuk RPP dan RT ini.

Rumah Peranginan Persekutuan Premier (RPPP)

Anggota Perkhidmatan Awam yang layak untuk memohon untuk menginap di mana-mana RPPP adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 48 dan ke atas.
  • Perkhidmatan Awam Negeri Gred 48 dan ke atas.
  • Pesara Gred 48 dan ke atas yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia.

Jumlah RPP Premier terdapat sebanyak 7 unit dengan kadar sewa adalah antara RM100 – RM 800. RPP Premier adalah seperti berikut:

  1. RPP Tanjung Tuan Negeri Sembilan
  2. RPP Banglo Port Dickson Negeri Sembilan
  3. RPP Bukit Fraser (The Lodge) Pahang
  4. RPP Cameron Highland Pahang
  5. RPP Labuan Sabah
  6. RPP Singapura Antarabangsa
  7. RPP London Antarabangsa
Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Tahun 2024 1

Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif (RPPE)

Anggota Perkhidmatan Awam yang layak memohon untuk menginap di mana-mana RPPE adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan.
  • Perkhidmatan Awam Negeri.
  • Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap).
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia.

Jumlah RPP Eksekutif terdapat sebanyak 8 unit dengan kadar sewa adalah antara RM50 – RM 350. RPP Eksekutif adalah seperti berikut:

  1. RPP Cameron Highlands Pahang
  2. RPP Bukit Fraser (RPP BF) Pahang
  3. RPP Pulau Pinang
  4. RPP Morib Selangor
  5. RPP Tasik Kenyir Terengganu
  6. RPP Port Dickson Negeri Sembilan
  7. RPP Pulau Langkawi Kedah
  8. RPP Pulau Pangkor Perak
Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Tahun 2024 2

Rumah Tamu (RT)

Rumah Tamu adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri seperti berikut:

  • Penginapan Pegawai dan Kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian / Jabatan.
  • Penginapan Pegawai dan Kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters.
  • Penginapan Pegawai dan Kakitangan yang bertugas di luar kawasan.
  • Penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian / Jabatan /Agensi Kerajaan.
  • Penginapan keluarga Pegawai dan Kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi Pegawai dan Kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya).
  • Penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.

Kemudahan Rumah Tamu ini diuruskan oleh Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan di Bahagian Pengurusan Hartanah bermula pada 1 Julai 2009.

Pada masa kini, terdapat sejumlah 37 unit Rumah Tamu yang terdiri daripada dua (2) unit Rumah Teres jenis Semi-D yang terletak di Presint 11, Putrajaya, 1 buah rumah teres di Labuan dan selebihnya merupakan Rumah Apartmen 3 bilik terletak di pelbagai lokasi.

Terdapat 3 unit Rumah Tamu dengan kadar sewa adalah antara RM20 – RM 150. Rumah Tamu tersebut adalah seperti berikut:

  1. Rumah Tamu Putrajaya
  2. Rumah Tamu Jalan Ang Seng
  3. Rumah Tamu Tanjung Kupang
Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Tahun 2024 3

Hebahan Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Tamu

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri mempelawa semua Kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Para Pesara Kerajaan untuk membuat tempahan menginap di RPP dan RT bagi tempoh 1 Oktober 2024 sehingga 2 Januari 2025 bermula 24 September 2024 (Selasa) jam 12.00 tengah hari.

Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Tahun 2024 4

Tuan / Puan yang belum mendaftar atau tidak mempunyai ID, sila buat pendaftaran terlebih dahulu pada SBBPH atau terus tekan pada pautan berikut:

>>>Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH)<<<

Seterusnya, untuk membuat tempahan, Tuan / Puan boleh membuat permohonan tempahan pada RPP Laman Utama – Bahagian Pengurusan Hartanah atau terus tekan pada pautan berikut:

>>>Tempah Sekarang<<<

Semua tempahan adalah dibuat secara atas talian (online) dan maklumat lanjut RPP boleh diperolehi dalam laman web BPH seperti terkandung dalam pautan tersebut.

Tuan / Puan juga boleh mengimbas QR Code yang telah disediakan dalam poster yang dilampirkan.

BPH mengharapkan semua pelanggan dapat menikmati kemudahan yang disediakan di RPP dan RT dengan kadar bayaran yang amat berpatutan berbanding dengan penginapan komersial yang lain.

Dalam masa yang sama, BPH sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan atau kondisi penginapan dan fasiliti di RPP dan RT yang terbaik, selesa dan cantik untuk semua pengguna.

Selamat bercuti dan alamilah keindahan dan keistimewaan di RPP dan RT, BPH.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Rumah Peranginan Persekutuan ini, Tuan / Puan boleh layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More