Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rumah Selangorku Permohonan dan Semakan

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Rumah Selangorku Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya. Maka salah satu cara nak memenuhi keperluan rakyat negeri Selangor yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan adalah melalui adalah inisiatif Rumah Selangorku.

Skim ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi dan ia diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri. Selain memanfaatkan rakyat Selangor, bantuan ini juga memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.

Isi Kandungan

Harga & Jenis Rumah Selangorku

Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.

Umumnya, harga rumah di bawah skim ini adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST.

Ia juga bergantung kepada

  • Jenis,
  • Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)
  • lokasi dan
  • kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Kalau nak tengok senarai jenis Rumah Selangorku secara lanjut, boleh rujuk Dasar Rumah Selangorku melalui lampiran ini : https://rehdaselangor.com/wp-content/uploads/DASAR_RUMAH_SELANGORKU_2.0_.pdf

Peringatan penting:

  • Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.
  • LPHS akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menghalang urusan pengeluaran hakmilik strata ke atas rumah yang didapati dimiliki atau dibeli tanpa melalui kelulusan LPHS.

Syarat Permohonan

Terdapat beberapa jenis rumah yang disediakan seperti:

Rumah Selangorku Jenis A

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Bermastautin di negeri Selangor
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
  • Satu keluarga satu permohonan sahaja.
  • Pemohon atau suami / isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta
  • Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun

Rumah Selangorku Jenis B, C, D

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,001.00 hingga RM8,000.00 sebulan.
  • Satu keluarga satu permohonan sahaja.
  • Pemohon atau suami / isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta.
  • Pembelian rumah adalah untuk didiami bukan disewa.
  • Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

Kedai/Industri Kos Rendah

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan
  • Satu keluarga satu permohonan sahaja.
  • Belum memiliki sebarang hartanah untuk tujuan komersial
  • Hartanah ini hanya boleh dipindah milik selepas 5 tahun bermula dari tarikh CF diterima dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

permohonan

Cara Permohonan

  1. Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
  2. Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
  3. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
  4. Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

Dokumen Sokongan

Pemohon perlu muat turun dokumen – dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Semakan Permohonan

Cara semakan permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/index.php?opt=stcheck_idcheck
  2. Pilih tab ‘Semak Status’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  4. Klik butang ‘Semak’

Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA,

  • Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.
  • Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Bagi permohonan yang BERJAYA,

  • Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.
  • Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.
  • Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS

Artikel lain: Rumah Perakku

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More