Rumah Sewa PPR RM160 Hingga RM250 Sebulan
Rumah Sewa PPR yang juga dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan golongan berpendapatan bawah kategori B40 untuk mencari rumah dan membasmi kawasan setinggan di seluruh negara. Mengikut Laporan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, ambang pendapatan bagi isi rumah di bawah kategori B40 di Malaysia adalah RM 4,849 sebulan.
Terdapat dua kategori di bawah inisiatif ini, iaitu:
- Rumah PPR untuk Pemilikan – Di bawah kategori ini, setiap rumah PPR dibuka dengan harga RM 35,000 di Semenanjung Malaysia dan RM 42,000 di Malaysia Timur.
- Rumah PPR untuk Disewa – Sebagai alternatif, setiap rumah PPR juga boleh disewa dengan harga RM 124 sebulan. Kadar yang berpatutan ini akan membolehkan sebanyak mungkin penghasilan B40 hidup di bawah bumbung yang selamat dan selesa.
Rumah PPR ini mempunyai ukuran bangunan lebih besar seluas 900 kaki persegi.
Isi Kandungan
Rumah Sewa PPR
Pada ketika ini, terdapat tiga Projek Rumah Sewa PPR yang sedang dibuka permohonanya:
- PPR BUBUL RIA, SEMPORNA, SABAH – Sewa Dengan Harga: RM160/Bulan
- PPR KG. GAYANG II, TUARAN, SABAH – Sewa Dengan Harga: RM220/Bulan
- PPR BATU ARANG LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN – Sewa Dengan Harga: RM250/Bulan
Ciri-ciri Rumah Sewa PPR
Ciri-ciri Rumah Sewa PPR adalah seperti ketetapan berikut:
- Kawasan bandar – bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai
- Surau / Ruang Solat
- Gerai Makan / Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan / Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-syarat Kelayakan
Syarat kelayakan permohonan Rumah Sewa PPR adalah:
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan rumah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara
Langkah-langkah Permohonan
Sekiranya anda telah memenuhi semua kriteria untuk memohon Rumah Sewa PPR dan sekarang anda sudah bersedia untuk mengajukan permohonan, anda boleh terus menghantar permohonan anda secara dalam talian (online) melalui Laman web Sistem Pengurusan Rumah Negara.
Berikut adalah panduan langkah – langkah untuk membuat permohonan secara dalam talian:
Langkah 1 |
|
Langkah 2 |
|
Langkah 3 |
|
Langkah 4 |
|
Langkah 5 |
|
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai proses permohonan Rumah Sewa PPR, anda boleh didapati dengan mudah dalam panduan ini DI SINI
Sebarang Pertanyaan Berkaitan PPR-PPR di Daerah Tersebut Sila Hubungi:
- Perbadanan Labuan – 08-740 8650 / 622
- Majlis Daerah Beaufort – 087-211 550
- Majlis Daerah Kota Belud – 088-976 529
- Majlis Perbandaran Sandakan – 089-211 944 / 404
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.