Sumber Rujukan Globalisasi Anda

S Pay Global: Aplikasi Penyaluran Bantuan SKAS

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai sebuah aplikasi S Pay Global yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak untuk pelbagai kemudahan transaksi tanpa tunai.

Isi Kandungan

Apa Itu S Pay Global?

S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) ialah platform aplikasi mudah alih Fintech Kerajaan Sarawak yang menyediakan fungsi e-dompet yang mudah dan selamat.

Pengguna boleh membuat pembayaran digital untuk bil dan pembelian di peniaga yang mengambil bahagian.

Pengguna boleh menambah nilai e-dompet melalui perbankan internet dan kad kredit serta menikmati kemudahan transaksi tanpa tunai.

Fungsi & Kelebihan

S Pay Global membolehkan pengguna untuk:

  • Imbas & Bayar menggunakan Kod QR.
  • Pisah bil antara pengguna S Pay Global.
  • Lakukan pemindahan dana.
  • Nikmati baucar diskaun dalam Ganjaran Kesetiaan.
  • ⁠Membeli dan memperbaharui insurans, membayar pinjaman belajar, memesan makanan, membuat derma, membayar parkir jalanan.
  • Langgan, urus dan bayar bil anda.
  • ⁠Semak sejarah transaksi dengan mudah.
  • Lihat penyenaraian pedagang.
  • Daftar dan kendalikan Akaun Pedagang Peribadi untuk pengguna premium.
  • Pedagang Peribadi boleh menghantar “Pautan Pembayaran” kepada pengguna melalui mana-mana aplikasi sembang untuk mengutip bayaran.
  • Tambah Nilai melalui Perbankan Internet atau Kad Kredit / Debit (Visa & Master).
  • ⁠Top Up & Withdrawal melalui Ejen Bank Simpanan Nasional.

Cara pembayaran tanpa tunai menawarkan faedah berikut kepada pengguna, iaitu:

  1. Tiada nota palsu.
  2. Tiada nota kotor.
  3. Tiada nota covid.
  4. Jimat masa / perjalanan ke ATM.
  5. Tidak perlu beratur panjang di bank.

S Pay Global dikendalikan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT), bagi pihak Kerajaan Sarawak.

SNT memegang lesen eWallet daripada Bank Negara Malaysia.

Perkhidmatan ini hanya terdapat di Malaysia buat masa ini. Jika anda mempunyai nombor telefon bimbit Malaysia yang berdaftar, anda boleh teruskan mendaftar dan menggunakan aplikasi ini.

Muat turun & Daftar Sebagai Pengguna S Pay Global Hari Ini!

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar S Pay Global:

Langkah 1Muat turun aplikasi S Pay Global pada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2Pilih “New User Registration”.
Langkah 3Pilih Warganegara anda.
Langkah 4Isikan butir-butir maklumat anda.
Langkah 5Muat naik gambar MyKad anda.
Langkah 6Pastikan muka anda dalam bulatan untuk tujuan rakaman.
Langkah 7Masukkan no. TAC yang dihantar ke no. telefon anda untuk pengesahan. Kemudian, sila log masuk.
Langkah 8Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan pembayaran anda nanti.
Langkah 9Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya. Mulakan gaya hidup CASHLESS anda dengan SPayGlobal!
S Pay Global: Aplikasi Penyaluran Bantuan SKAS 1

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan bantuan kewangan berbentuk baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.

Untuk makluman semua rakyat Negeri Sarawak, semakan status SKAS 2025 kini telah dibuka mulai 1 Januari 2025 dan semua penerima sudah boleh mula mendaftar S Pay Global untuk membuat pembelian barangan keperluan asas yang akan diterima mulai suku tahun pertama 2025.

S Pay Global: Aplikasi Penyaluran Bantuan SKAS 2

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More