Pernahkah Anda Mengalami Sakit Kepala Sebelah Kiri? Ketahui 8 Punca Sakit Kepala Ini Terjadi
Mungkin ada yang di antara kita pernah mengalami sakit kepala sebelah kiri kan, tetapi kebiasaanya kita hanya menganggap sakit yang datang itu adalah perkara yang biasa sahaja dan mungkin tidak akan terjadi apa – apa. Tetapi sebenarnya tidak, tahukah anda perkara ini mampu membahayakan kesihatan diri kita. Jom baca lebih lanjut perkongsian ini.
Isi Kandungan
Punca Sakit Kepala Sebelah Kiri Terjadi?
Jom sama- sama kita lihat apakah punca sebenar terjadinya sakit kepala sebelah kiri ini.
PUNCA | KETERANGAN |
Migrain | 1. Sakit kepala ini kebiasaanya cenderung dialami oleh wanita berbanding lelaki. Migrain boleh menyebabkan kesakitan yang sederhana hingga teruk dan biasanya berdenyut. Simptom seperti loya, muntah, atau sensitif terhadap cahaya atau bunyi. Sakit ini boleh bertumpu hanya pada satu sisi kepala atau mungkin kedua-dua belah kepala sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian. 2. Sakit kepala migrain dibahagikan kepada dua kategori. Migrain dengan aura dan migrain tanpa aura. Aura ini kerap berlaku sebelum sakit kepala migrain menyerang. Aura yang paling biasa didengar ialah aura visual, dimana seseorang akan mendapat gangguan dalam penglihatan, seperti percikan cahaya, garisan zig-zag, ataupun titik buta. |
Sakit kepala kluster (Cluster Headache) | 1. Sakit kepala kluster jarang berlaku tetapi jika terkena amatlah menyakitkan. Ianya dipanggil kluster kerana sakit kepalanya itu sepanjang tempoh beberapa hari atau minggu. Sakit kepala sebelah kiri atau kanan ini berjangka masa pendek selama 15 minit ke 3 jam tetapi tahap kesakitannya tinggi. Sakit kepala kluster berulang-ulang, sekerap beberapa kali setiap hari, dalam tempoh masa tertentu dan kemudian boleh diikuti dengan tempoh bebas sakit kepala selama beberapa bulan ataupun tahun. 2. Selain itu, sakit kepala kluster juga sering datang sewaktu tidur, selain dikaitkan dengan mata kemerahan dan berair, berhingus, hidung tersumbat, serta ptosis (kelopak mata jatuh). |
Penyalahgunaan Ubatan | 1. Sakit kepala juga boleh disebabkan anda menggunakan ubat tahan sakit, ubat selesema atau ubatan lain secara berlebihan iaitu untuk jangka masa lebih daripada 2-3 kali seminggu. Keadaan ini dinamakan “rebound headache” yang disebabkan oleh penyalahgunaan ubat. 2. Antara ubat-ubatan yang boleh mengakibatkan sakit kepala sedemikian adalah ubat cair darah (aspirin), ubat tahan sakit (Ibuprofen, Tramadol, Oxycodone), ubat migrain (Sumatriptan) dan lain-lain lagi. Jikalau anda mengambil ubat – ubat ini secara berterusan dan berhenti secara tiba – tiba anda akan mengalami sakit kepala jenis ini. |
Sakit kepala harian yang kronik (Chronic Daily Headache) | 1. Migrain dan juga sakit kepala kerana ketegangan adalah contoh sakit kepala harian yang kronik. Jenis-jenis sakit kepala ini diklasifikasikan oleh kekerapan dan tempoh mereka terjadi. Sakit kepala jenis ini dikelaskan sebagai kronik kerana ia berlaku sekurang-kurangnya 15 hari setiap bulan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan. 2. Gejala dan ciri-ciri berbeza antara jenis-jenis sakit kepala harian kronik dan dari semasa ke semasa. Biasanya sakit kepala kronik dijelaskan sebagai sakit berdenyut, hanya tertumpu pada satu bahagian kepala dan diibaratkan seperti kepala sedang diperah. |
Sakit kepala kerana masalah berkaitan gigi (Dental Headache) | Sakit kepala kerana masalah pergigian boleh berlaku tidak kira kumpulan umur. Masalah pergigian seperti karang gigi, jangkitan gusi, gigi reput dan juga gigi bongsu (wisdom tooth) boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kiri atau kanan mengikut lokasi masalah tersebut. |
Sakit kepala disebabkan ketegangan (Tension Headache) | 1. Sakit kepala jenis ini adalah yang paling lazim. Sakit kepala ini menghantui seramai 75% orang dewasa. Anda mungkin akan berasa tegang / ketat di sekeliling kepala dan tekanan boleh dirasai di kedua-dua belah kepala. 2. Sakit kepala ini sering terjadi dalam kalangan pelajar kerana mereka terlalu stres semasa belajar. Pesakit akan merasakan sakit yang berterusan ataupun sakit yang berdenyut di satu belah kepala ataupun di bahagian belakang kepala. Sakit ini boleh dirasai sepanjang hari ataupun apabila anda mengalami stres yang berlebihan seperti waktu peperiksaan ataupun apabila keputusan peperiksaan keluar. |
Faktor Gaya Hidup | 1. Kebiasaan sakit kepala ini muncul hanya di sebelah kiri disebabkan kurangnya tidur sehingga terjadinya hormon stres kortisol yang tinggi dan akhirnya menyebabkan sakit kepala yang tegang (tension headache). Orang yang memiliki gangguan tidur lebih berpotensi untuk sering sakit kepala bagian kiri. |
Sakit kepala akibat kafein (Caffeine Headache) | 1. Minum terlalu banyak kopi, teh atau minuman lain yang mengandungi kafein pada masa yang sama setiap hari anda akan mengalami sakit kepala ini. Sakit ini boleh dialami di sebelah kiri atau kanan atau dua- dua belah. 2. Ini kerana, anda sudah menjadikan badan anda ketagih terhadap kafein dan jikalau anda tidak minum minuman yang mengandungi kafein, badan anda mengalami kekurangan kafein dan sakit kepala akan bermula. Pastikan anda mengurangkan kuantiti kafein yang diminum itu setiap hari. |
Segera Bertindak Jika Anda Mengalami Sakit Kepala Sebelah Kiri
Janganlah kita mengambil endah jika mendapati mengalami sakit kepala sebelah kiri ini kerana ianya mungkin membawa kemudaratan jika kita membiarkannya sakit yang berterusan. Pastikan anda segera mendapatkan rawatan untuk mengenalpasti penyakit yang dihidapi. Sekiranya anda mengalami mana-mana simptom sakit kepala sebelah kiri seperti yang disebutkan di atas, adalah dinasihatkan supaya anda terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana rawatan tanpa mendapatkan khidmat yang betul daripada pihak berkenaan dirisaukan akan mengalami risiko tersalah diagnosis. Jadilah perlulah kita elakkan daripada terjadinya perkara – perkara yang tidak diingini berlaku.
Adapun begitu, kami akan kongsikan beberapa tipslah agar kita sama – sama dapat mengelakkan gejala sakit kepala sebelah kiri ini. Berikut merupakah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelak sakit kepala tersebut.
- Pastikan mendapat rehat / tidur yang secukupnya
Sakit kepala sebelah kiri juga bisa disebabkan oleh pola tidak yang tidak baik. Ini kerana mungkin anda ini mengalami kekurangan ataupun terlebih tidur sehingga menyebabkan anda mengalami sakit kepala sebelah kiri. Untuk mendapatkan tidur / rehat yang cukup, anda dinasihatkan agar mendapatkan tidur sekitar 6 – 8 jam setiap hari.
- Banyakkan minum air kosong
Ramai orang sering kali abaikan amalan minum air kosong yang secukupnya. Justeru manfaat minum air putih yang banyak inilah dapat menjaga tubuh kita tetap terhidrasi mahupun mengurangkan risiko terkenanya dehidrasi.
- Bersenam / Beriadah
Melakukan senaman merupakan salah satu penyebab hilangnya stres dan keletihan dimana pada akhirnya akan menyebabkan kita mengalami sakit kepala. Jadi luangkanlah sedikit masa untuk melakukan peregangan selama beberapa menit. Tidaklah perlu sehingga melakukan peregangan yang sukar, cukup sekadar lakukan dengan pergerakan yang sederhana.