Sakit Mata: Tanda serta 5 cara mengelakkannya
Sakit mata atau konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Sekarang entah la, mungkin musim namun ramai betul kanak-kanak yang mengalami masalah sakit mata ini. Tengok sahaja di group whatsapp kelas anak-anak yang tak hadir, kebanyakkan adalah disebabkan masalah sakit mata.
Sakit mata atau konjunktivitis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Ia berbeza dari penyakit lain seperti bisul, sinus, atau demam. Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.
Isi Kandungan
Jenis sakit mata
Terdapat 3 jenis sakit mata yang mungkin dijangkiti seperti yang dikongsi oleh MyHealth. Jenis-jenis sakit mata adalah:
- Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria:
- Mata merah.
- Discaj Pekat (tahi mata bewarna putih atau kekuningan).
- Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi).
- Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
- Selalunya berlarutan selama seminggu.
2. Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus:
- Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih.
- Mata merah.
- Discaj cair (airmata yang banyak).
- Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
- Konjunktivitis yang disebabkan oleh alahan:
- Mata merah.
- Gatal mata, kadang-kala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis).
- Discaj yang berlendir.
- Mata sentiasa berair.
- Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama.
- Boleh berlanjutan buat masa yang lama.
Cara merawat sakit mata
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang bersesuian.
Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:
- Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salap mata secara lebih kerap.
- Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.
Radang selaput mata disebabkan oleh virus:
- Tidak memerlukan rawatan yang khas.
- Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.
- Kadang-kala ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria.
Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:
- Ia mungkin keadaan yang kronik.
- Memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal.
Cara-cara lain :
- Cuci atau lap mata dengan air suam.
- Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.
Cara mengelak dari berjangkit
Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:
- Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti.
- Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata.
- Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair.
- Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata.
- Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat.
Penutup
Jadi, jika anda atau anak-anak ada mengalami mata yang gatal dan kemerah-merahan serta bertaik, teruskan dapat pemeriksaan dari doktor. Pastikan jaga kesihatan dan jangan biarkan diri terdedah serta dijangkiti penyakit sakit mata ini.