Bantuan SARA 2024: Semakan Kelayakan Bermula 22 Januari 2024
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai bantuan SARA 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Bantuan SARA 2024 Mula Disalurkan Pada Isnin, 22 Januari
Dalam Belanjawan 2024, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diluaskan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan melalui langkah yang sama, iaitu MyKad.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai tahun 2024, SEMUA PENERIMA STR akan turut menerima bantuan SARA berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.
Program subsidi bersasar SARA ini telah ditambah baik oleh Kerajaan dan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.
Bantuan SARA 2024 dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi Madani.
Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.
Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.
Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).
Sila rujuk Siaran Media Kementerian Kewangan berikut.
Kategori Penerima Bantuan SARA 2024
Kerajaan menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
2 kategori baharu telah diperkenalkan iaitu kategori isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).
Kategori Penerima | Kadar SARA | Status eKasih |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 1,200 | Miskin Tegar & Miskin eKasih (700,000 Penerima) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,200 | Miskin Tegar & Miskin eKasih (700,000 Penerima) |
Bujang | RM 600 | Miskin Tegar & Miskin eKasih (700,000 Penerima) |
Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak SARA 2024 seperti berikut:
- Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
- Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
Kaedah Pemberian Bantuan SARA 2024
Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 atau RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan 2 kali setahun, iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada setiap 1 hari bulan seperti jadual berikut:
Tarikh | Kategori Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Kategori Bujang |
---|---|---|
22 Januari 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Februari 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Mac 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 April 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Mei 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Jun 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Julai 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Ogos 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 September 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Oktober 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 November 2024 | RM 100 | RM 50 |
1 Disember 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jumlah | RM 1,200 | RM 600 |
Semakan Kelayakan Bantuan SARA 2024
Semakan status kelayakan bantuan SARA akan dipaparkan pada laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR atau semakan juga boleh dibuat melalui laman web MyKasih.
>>>Semakan Status SARA Melalui MyKasih<<<
Jika status anda LAYAK untuk menerima bantuan SARA 2024, anda akan menerima paparan LAYAK. Tetapi jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan mekanisme pelaksanaan SARA, anda boleh merujuk portal rasmi MyKasih mulai 22 Januari 2024.