Sumbangan Asas Rahmah (SARA eKasih 2025) Bermula 15 Januari 2025
Berikut dikongsikan info terkini mengenai bantuan SARA eKasih 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia yang layak.
Isi Kandungan
Bantuan SARA eKasih 2025
Pada Belanjawan 2025 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan manfaat peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Kerajaan akan menyalurkan bantuan SARA eKasih 2025 bermula 15 Januari 2025 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar.
Kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025.
Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
SARA Secara MyKad Diperluaskan Ke Sabah Dan Sarawak
Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.
Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Butiran Penyaluran SARA 2025
Penambahbaikan SARA ini merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi STR dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Selain daripada itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.
Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.
Bagi kategori isi rumah, bantuan tambahan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan dan bagi golongan warga emas tiada pasangan akan menerima bantuan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.
Sila rujuk infografik dibawah untuk ketahui butiran penyaluran SARA bagi tahun 2025 dengan lebih lanjut.
Info lanjut mengenai bantuan tambahan SARA bagi tahun 2025 ini boleh rujuk DISINI.
Semakan Kelayakan SARA 2025
Semakan status kelayakan SARA eKasih 2025 boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>SEMAK KELAYAKAN SARA eKASIH 2025 DISINI<<<
Manakala, semakan status kelayakan SARA bagi tahun 2025 yang lebih terperinci boleh didapati di Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) mulai 15 Januari 2025.
Cara Membuat Pembelian
Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih daripada 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.
Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli Barangan Keperluan Asas Terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.
Senarai Barangan Keperluan Asas Terpilih yang lebih terperinci boleh rujuk DISINI.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan SARA eKasih 2025 ini, sila rujuk portal rasmi MyKasih dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!