Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sumbangan Asas Rahmah (SARA STR 2025) Bermula 1 April 2025

Berikut dikongsikan info terkini mengenai bantuan SARA STR 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia yang layak.

Isi Kandungan [show]

Bantuan Tambahan SARA 2025

Kerajaan MADANI dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima, iaitu peningkatan hampir 8 kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada bermula 1 April 2025.

Pada Belanjawan 2025 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan manfaat peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.

Inisiatif bantuan ini bakal disalurkan kepada 9 juta penerima atau sekitar 60% penduduk dewasa di negara kita.

Kerajaan telah menyalurkan bantuan SARA eKasih 2025 bermula 15 Januari 2025 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar, manakala bantuan SARA STR 2025 telah dibayar mulai 1 April 2025 (Selasa).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA STR 2025) Bermula 1 April 2025 1

Jumlah Penyaluran Bantuan

Butiran penyaluran bantuan SARA bagi tahun 2025 adalah seperti ketetapan infografik berikut:

Sumbangan Asas Rahmah (SARA STR 2025) Bermula 1 April 2025 2

Tarikh Penyaluran Bantuan

Tarikh agihan bayaran bantuan SARA bagi setiap bulan pada tahun 2025 telah dijadualkan kepada semua penerima seperti ketetapan berikut:

Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar (SARA eKasih)Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin (SARA STR)
15 Januari 2025 (Rabu)
01 Februari 2025 (Sabtu)
01 Mac 2025 (Sabtu)
01 April 2025 (Selasa)01 April 2025 (Selasa)
01 Mei 2025 (Khamis)01 Mei 2025 (Khamis)
01 Jun 2025 (Ahad)01 Jun 2025 (Ahad)
01 Julai 2025 (Selasa)01 Julai 2025 (Selasa)
01 Ogos 2025 (Jumaat)01 Ogos 2025 (Jumaat)
01 September 2025 (Isnin)01 September 2025 (Isnin)
01 Oktober 2025 (Rabu)01 Oktober 2025 (Rabu)
01 November 2025 (Sabtu)01 November 2025 (Sabtu)
01 Disember 2025 (Isnin)01 Disember 2025 (Isnin)

Semakan Kelayakan SARA STR 2025

Semakan status kelayakan SARA STR 2025 boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>SEMAK KELAYAKAN SARA 2025 DISINI<<<

Manakala, semakan status kelayakan SARA bagi tahun 2025 yang lebih terperinci boleh didapati di Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR).

Penerima boleh membeli mulai Tarikh Program Bermula sehingga Tarikh Program Berakhir yang dinyatakan pada paparan semakan status kelayakan.

Cara Membuat Pembelian

Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih daripada 3,500 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli Barangan Keperluan Asas Terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Senarai Barangan Keperluan Asas Terpilih yang lebih terperinci boleh rujuk DISINI.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan SARA STR 2025 ini, sila rujuk portal rasmi MyKasih dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More