Satu Kampung Masuk Islam di Tangan Ustaz Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew berjaya mengislamkan 157 Orang Suku Bajau Laut di Sabah
Satu Kampung Masuk Islam! Ya, seramai 157 orang penduduk sebuah kampung di Sabah memeluk islam selepas melafazkan syahadah di depan Ustaz Lew semalam.
Petikan dari FB Ustaz Ebit Lew,
Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.
Isi Kandungan
Satu Kampung Masuk Islam, Video Pengislaman Suku Bajau Laut bersama Ustaz Ebit Lew
Mari sama-sama kita tonton video ini.
Tambah Ustza Ebit Lew, beliau akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Beliau juga tengah urus untuk bina sekolah dan tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.
Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna. Kredit: Ustaz Ebit Lew
Kisah Satu Kampung Masuk Islam Ini Beri Kesan Kepada Jiwa Anda?
Sungguh, bagi admin perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini benar-benar memberi kesan kepada jiwa admin. Kita harapkan lebih ramai pendakwah diluar sana yang boleh mendekati masyarakat dan membantu menyebarkan dakwah ke jalan Allah swt tanpa apa-apa politik.