Sejarah Pemerdagangan Hamba Afrika di Amerika
Pemerdagangan hamba sehingga kini telah meninggalkan kesan mendalam ke atas Afrika, Amerika, dan dunia umumnya. Kebanyakan hamba Afrika banyak yang telah diculik dan diperhambakan tanpa kerelaan mereka.
Berikut adalah sedikit kupasan mengenai Sejarah Pemerdagangan Hamba Afrika di Amerika.
Isi Kandungan
Jutaan hamba diperdagangkan
Jumlah hamba Afrika dihantar ke Amerika semasa perdagangan hamba pada tahun 1525-1866 masih menjadi misteri secara umumnya. Menurut sumber, 12.5 juta orang Afrika telah dimuatkan seperti kargo manusia. Dikatakan seramai 10.7 juta berjaya hidup melalui perjalanan ngeri ini.
Pemerdagangan di Amerika Selatan
Hamba Afrika telah dipemerdagangkan ke seluruh Amerika. Kajian Henry Louis Gates Jr, Pengarah Pusat Hutchins dari Penyelidikan Amerika di Universiti Harvard, menganggarkan bahawa Amerika Selatan telah menerima sebanyak 4.86 juta hamba iaitu kira-kira separuh daripada hamba yang terselamat ketika dalam perjalanan ini.
Di Amerika Syarikat, menurut kajian dari US Census Bureau 2016, kira-kira 45 juta orang kulit hitam yang tinggal di Amerika Syarikat, kebanyakannya adalah dari keturunan Afrika yang terpaksa berhijrah ke negara ini semasa tempoh pemerdagangan hamba.
Pemerdagangan di Amerika Utara
Perhambaan di Amerika tidak hanya diamalkan di negeri-negeri selatan Amerika Syarikat, tetapi di Utara juga. Pada tahun 1777, Vermont adalah negeri pertama yang menghapuskan perhambaan, langkah itu dibuat selepas Amerika merdeka daripada Britain.
Dua puluh tujuh tahun kemudian, semua negeri-negeri Utara berikrar untuk mengharamkan perhambaan, tetapi masih lagi diamalkan untuk tahun yang berikutnya. Ini kerana undang-undang tersebut perlu dilaksanakan secara beransur-ansur.
Walaubagaimanapun, undang-undang tersebut masih lagi tidak dipatuhi oleh beberapa pihak kerana pada tahun 1850, beratus-ratus orang kulit hitam Pennsylvania masih lagi terus hidup dalam perhambaan sehingga satu dekad sebelum Perang Saudara bermula pada tahun 1861.
Pengharaman Pemerdagangan Hamba
Pada tahun 1807, Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang untuk mengharamkan pemerdagangan hamba dan juga berkuat kuasa pada Great Britain pada tahun yang sama.
Walaupun Undang-undang AS telah berkuat kuasa pada 1 Januari, 1808, South Carolina adalah satu-satunya negeri pada ketika itu yang tidak mengharamkan pemerdagangan hamba, .
Keputusan kongres ini tidak mempunyai kesan yang besar pada perhambaan di Amerika Syarikat. Di tempat lain, hamba dari Afrika masih yang lagi dipemerdagangkan ke Amerika Latin dan Amerika Selatan selewat tahun 1860-an.
Afrika di Amerika Syarikat Hari ini
Sehingga tahun 2005, dianggarkan sebanyak 50,000 orang Afrika setiap tahun telah memasuki AS di atas kehendak mereka sendiri.
Ini menandakan satu peralihan sejarah. “Buat pertama kali, rakyat Afrika sendiri yang datang berhijrah ke Amerika Syarikat lebih ramai daripada semasa tahun pemerdagangan hamba,” The New York Times melaporkan.
The Times menganggarkan bahawa lebih daripada 600,000 Afrika tinggal di Amerika Syarikat pada tahun 2005, iaitu kira-kira 1.7 peratus daripada penduduk Afrika-Amerika. Bilangan sebenar orang Afrika yang tinggal di Amerika Syarikat mungkin menjadi lebih tinggi jika bilangan pendatang tanpa izin Afrika juga diambil kira.