Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sekatan Jalan Raya di KL, Selangor, Putrajaya mulai 14 Oktober

Pihak Polis akan memulakan sekatan jalan raya di KL, Selangor, Putrajaya mulai 14 Oktober berikutan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sekatan jalan raya itu akan diadakan di beberapa lokasi di tiga negeri terlibat bermula tengah malam ini.

SEKATAN JALAN RAYA
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105005/EDISI/Selangor-KL/Sekatan-jalan-raya-diadakan-semula-di-KL-Selangor-Putrajaya © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sekatan Jalan Raya

“Sekatan jalan akan dilaksanakan sama seperti yang pernah dibuat sebelum ini (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal Mac lepas). Arahan penugasan anggota polis di lokasi akan diatur oleh Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Selangor,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM akan bekerjasama dengan PDRM dalam melaksanakan sekatan jalan raya seperti sebelum ini.

“ATM dan PDRM akan buat seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Hal ini pernah disuarakan oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 September yang lalu bahawa PKP mungkin akan diadakan semula jika kes meningkat dengan mendadak. Marilah kita semua berdoa agar kes covid-19 ini berkurang dan tidak merebak ke negeri-negeri lain.

Sumber info: Bernama

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More