Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SELAMAT HARI GURU: 6 IDEA HADIAH DARI MURID

Selamat Hari Guru adalah satu ucapan keramat yang guru-guru wajib dapat. Memasuki bulan Mei setiap tahun, pastinya ramai pelajar yang tidak melepaskan peluang untuk meraikan guru kesayangan mereka. Ini kerana, tarikh keramat 15 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru yang disambut bukan sahaja di negara kita, tapi pada peringkat antarabangsa.

Di tarikh ini, para guru akan diraikan dalam satu majlis gilang gemilang yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hari Guru bukan sahaja disambut, namun ada tema yang berbeza di setiap tahun. Tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum lagi umumkan tema tersebut, namun boleh rujuk laman rasmi KPM untuk tema tersebut nanti.

selamat hari guru
Kredit gambar: The Star

Biasanya ucapan Selamat Hari Guru akan disekalikan dengan pemberian hadiah oleh pelajar kepada guru kelas atau guru kesayangan masing-masing. Bukan sahaja pelajar, tapi ibu bapa tentunya menjadi individu yang ‘pening’ bila tibanya hari guru, terutama jika memiliki anak yang masih bersekolah rendah. Ini kerana, anak-anak akan meminta ibu bapa untuk sediakan hadiah kepada guru mereka. Kering idea memikirkan hadiah apa yang patut diberikan guru kerana saban tahun tidak melepaskan peluang ini.

Jika ibu bapa atau pelajar tidak mempunyai idea, boleh rujukan senarai 10 benda di bawah yang boleh diberikan kepada guru. Harganya tidak mahal dan jika tidak berkemampuan, ibu bapa boleh gunakan sedikit Bantuan STR yang bakal diterima nanti. Mungkin ada benda yang kalian tidak pernah terfikir dan mungkin juga dalam senarai ini ada beberapa benda yang kalian telah pun berikan kepada guru sebelum ini.

Isi Kandungan

Selamat Hari Guru Cikgu!

Semestinya pelajar mesti mencari-cari hadiah untuk diberikan kepada cikgu kita. Di sini kami kongsikan antara hadiah terbaik boleh dijadikan idea kepada semua sempena sambutan Selamat Hari Guru nanti.

  1. Mug atau cawan tebal

Mug atau cawan tebal memang antara hadiah Hari Guru yang sangat popular dalam kalangan guru di sekolah. Mug ini banyak kegunaannya dan berguna juga untuk guru gunakan dalam aktiviti harian mereka. Lagi pula, mug ini harganya sangat rahmah dan tidak membebankan pelajar untuk berikan sebagai hadiah hari guru. Harga kebiasaannya adalah di bawah RM10 dan pelajar juga boleh letakkan nama di mug tersebut.

selamat hari guru

2. Set alat tulis

Bukan sahaja murid ya, guru juga memerlukan alat tulis yang banyak ya. Bayangkan ada guru yang belanjakan lebih RM100 sebulan untuk membeli alat tulis. Jadi, jika pelajar dapat berikan sebagai hadiah, pasti akan bermanfaat untuk guru tersebut.

selamat hari guru

3. Buku nota

Buku nota banyak dijual di kedai. Harganya pun tidaklah mahal tetapi ia sangat berguna kepada guru. Guru banyak menggunakan buku nota untuk menulis segala nota yang perlu disampaikan kepada murid. Pelajar boleh menulis sendiri ‘nota ringkas’ kepada guru di buku nota tersebut. Ianya pasti memberikan senyuman kepada seorang guru.

selamat hari guru

Sticky note

Idea lain hadiah Hari Guru juga adalah stikcy note. Pelajar boleh beri sticky note kepada guru dengan warna yang pelbagai. Jika ada bajet, belikan satu pek sticky note yang dalamnya ada dalam 6 pek sticky note tersebut. Guru pasti memanfaatkannya sebaik mungkin kepada guru amat perlukan sticky note ini.

selamat hari guru

5. Bekas bekal / Lunch box

Banyak dijual di kedai bekas yang boleh guru gunakan untuk bawa bekal untuk makan tengah hari. Walaupun guru sudah memiliki lunch box, namun guru boleh bergilir-gilir membawanya jika pelajar hadiahkannya sebagai tanda perhargaan. Anggaran hadiah satu lunch box biasa dalam RM15 sahaja.

selamat hari guru

6. Tumbler / Thermos / Bekas air

Bekas air atau tumbler juga berguna kepada guru. Biasanya guru akan gunakannya untuk mengisi air sejuk, manakala thermos digunakan untuk mengisi air panas. Guru selalunya akan sibuk seharian dengan kelas berganti-ganti dari mula sekolah hingga waktu pulang. Pemberian bekas air atau tumbler ini pasti memberi manfaat sebaiknya kepada guru.

selamat hari guru

Penutup

Macam mana ibu bapa dengan idea hadiah yang kami senaraikan? Adakah berguna kepada ibu bapa? Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu selalu ingatkan anak-anak supaya hargai sebaiknya guru kita. Semestinya guru tidak memandang nilai hadiah itu semata-mata, namun yang memberi kegembiraan kepada guru adalah ingatan pelajar kepada mereka. Ingatlah, hari guru hanya disambut setahun sekali. Pastinya hari itu diisi dengan perkara yang memberi kebaikan kepada seorang insan berjasa bernama guru.

Selamat hari Guru Cikgu!

selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More