Amalan 1000X Sehari Selawat Jibril Boleh Buka Pintu Rezeki
Berikut dikongsikan mengenai selawat jibril yang banyak kelebihan dan faedahnya untuk diamalkan dalam kehidupan harian oleh setiap umat Islam.
Isi Kandungan
Apa Itu Selawat Jibril?
Selawat Jibril adalah salah satu selawat yang terpendek. Namun, faedahnya sangatlah besar.
Disebut Selawat Jibril kerena yang pertama membacanya adalah Malaikat Jibril, iaitu ketika memberikan ajaran kepada Nabi Adam A.S yang digunakan sebagai mas kahwin untuk mengahwini isterinya, Hawa.
Dalam kitab Bada’i Al-Zuhur Fi Waqa’i Al-Duhur oleh Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas Al-Hanafi menyatakan bahawa Nabi Adam A.S. lalu bertanya: “Apakah mahar / mas kahwin itu?”
Allah menjawab, “Aku telah menghalang kamu daripada pokok gandum, maka janganlah kamu makan dan itu adalah mas kahwin.”
Allah SWT kemudian berfirman, “Bacalah Shalawat kepadaku, kekasih Muhammad.”
Kemudian Adam bertanya, “Siapakah Muhammad?”
Allah menjawab, “Dia akan menjadi milikmu keturunan dan dia akan menjadi meterai para Nabi. Kalau bukan kerana dia (Muhammad), aku (Allah) tidak akan mencipta makhluk.
Kemudian Malaikat Jibril mendekati Adam dan berbisik kepadanya, “Adam, katakanlah Adam: صَلَّى اللّٰهُ عَلٰى مُحَمَّدٍ”. Justeru, dengan kisah itulah adanya Selawat Jibril pada hari ini.
Selawat Jibril juga biasa disebut sebagai “Sholawat Jabroil” atau dimana selawat ini adalah salah satu amalan penarik rezeki yang paling kuat.
Selawat ini juga disebut sebagai “Sholawat Khidir”, kerana dalam hadis ada menjelaskan selawat ini diriwayatkan oleh Nabi Khidir A.S.
Ada juga yang menyebutnya dengan nama “Sholawat Baburrohmah” (pintu kasih sayang), kerana di dalam hadis tersebut ada menyatakan “baban minar rohmah”, artinya pintu kasih sayang.
Demikian juga disebut dengan “Sholawat Rahmah” artinya kasih sayang, kerana salah satu dari keutamaan Selawat ini yang dijelaskan dalam hadis tersebut boleh menumbuhkan rasa kasih sayang.
Ada juga yang menyebutnya dengan nama “Sholawat Qoshor” artinya Selawat pendek, kerana di antara beberapa Selawat, Selawat inilah yang paling pendek.
Selain itu, Selawat Jibril juga merupakan salah satu jenis selawat yang paling sering diamalkan oleh para muslim yang beriman karena singkat dan penuh makna.
Bagaimanakah Bacaan Selawat Jibril?
Berikut adalah bacaan Selawat Jibril:
صَلَّى اللّٰهُ عَلٰى مُحَمَّدٍ
“Shollallaahu ‘ala Muhammad“
Maksudnya: “Semoga Allah subhanahu wa ta’ala selalu melimpahkan shalawat kehadirat beliau Nabi Muhammad SAW.”
Kelebihan & Manfaat Selawat Jibril
Sebenarnya terdapat banyak kelebihan dan manfaat selawat ini, antaranya adalah:
- Selawat ini adalah untuk memperoleh salam dan sambutan dari para Malaikat ketika ajal menjelang, dengan cara sekurang-kurangnya dibaca tiga (3) kali setiap selesai solat fardhu.
- Mendapat salam dan kebahagiaan Rasulullah SAW di alam barzakh, menyambut pemilik roh ini ketika di dunia yang seringkali membaca Selawat ini hingga menyatu dalam kelembutan sifatnya.
- Selawat ini juga adalah “Penarik Rezeki Paling Kuat dari Segala Arah” selama orang mengenal Selawat Nabi Muhammad SAW sebagai amalan pembawa berkah, amalan yang pahalanya akan dapat dirasakan di Akhirat dan mendapat kemudahan di Dunia.
- Selawat ini adalah salah satu Selawat yang khasiatnya adalah sebagai “Pembuka Pintu Rezeki”.
Cara Mengamalkan Selawat Jibril Dalam Kehidupan Harian
Selawat Jibril boleh dibaca mengikut kemampuan anda seperti 1,000 kali sehari, 3,333 kali sehari, 7,000 kali sehari, 10,000 kali sehari, 15,000 kali sehari, atau bahkan 100,000 kali sehari.
Tetapi, seboleh-bolehnya sekurang-kurangnya cukupkanlah sebanyak 1000 kali sehari.
Para ulama menganjurkan membaca bacaan Selawat Jibril ini setiap kali selepas solat Maghrib dengan bacaan sebanyak 1000 kali dan ditutupi dengan bacaan “Allahumakdil Hajatina Dunia Bil Maisarah.”
Sebenarnya tidak menjadi masalah tentang jumlahnya tetapi adalah tentang ISTIQAMAHNYA.
Selawat adalah satu-satunya amal, sekiranya dibaca dengan lalai sekalipun, Allah SWT tetap akan menerimanya ini kerana kita telah memuliakan kekasih-Nya.
Semoga kita boleh ISTIQAMAH mengamalkan bacaan Selawat ini, bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa yang berselawat kepadaku sebanyak satu kali, maka Allah SWT dan malaikat akan membaca selawat juga kepadanya sebagaimana banyaknya selawatnya kepadaku.”
(HR. Muslim No. 408)
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda meningkatkan amal ibadah pada setiap hari! Selamat beramal!