Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Selawat Marhaban: Kepentingan, Lirik Bacaan & Maksud

Berikut dikongsikan mengenai Selawat Marhaban yang sering diamalkan oleh orang Islamterutamanya pada majlis-majlis keramaian.

Isi Kandungan

Apa Itu Marhaban?

Marhaban adalah dalam bentuk syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis

  • perkahwinan,
  • naik buaian / berendoi,
  • cukur jambul bayi,
  • majlis aqiqah,
  • berkhatan, dan
  • meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam. 
Selawat Marhaban: Kepentingan, Lirik Bacaan & Maksud 1
Selawat Marhaban

Dalam budaya Arab, Selawat Marhaban biasanya digunakan sebagai ucapan untuk menyambut seseorang atau untuk menyapa tetamu, kawan, dan juga orang yang tidak dikenali.

Marhaban adalah satu cara untuk menunjukkan keramahan dan kemesraan terhadap orang lain, dan boleh digunakan dalam suasana formal atau tidak formal.

Marhaban dan berzanji merupakan salah satu tradisi serta adat masyarakat Melayu yang penting dalam meraikan majlis-majlis keramaian berkaitan agama Islam.

Tetapi, bagaimanakah lafaz atau lirik Selawat Marhaban?

Selawat Marhaban: Kepentingan, Lirik Bacaan & Maksud 2
Selawat Marhaban

Lirik Selawat Marhaban

Berikut adalah bacaan Selawat Marhaban:

SelawatMaksud
صَلَّى اللَّهُ عَلٰى مُحَمَّد , صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَSemoga rahmat Allah SWT tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, semoga rahmat dan kesejahteraan tercurah kepadanya.
ﻳَﺎ ﻧَﺒِﻲ سَلَاﻡْ ﻋَﻠَﻴْﻚَ – ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝْ سَلَاﻡْ ﻋَﻠَﻴْﻚَWahai Nabi, salam sejahtera untukmu, wahai Rasul salam sejahtera untukmu.
ﻳَﺎ ﺣَﺒِﻴﺐْ سَلَاﻡْ ﻋَﻠَﻴْﻚَ – ﺻَﻠَﻮَﺍﺕُ ﺍﻟﻠَّﻪ ﻋَﻠَﻴْﻚَWahai Kekasih, salam sejahtera untukmu dan selawat (rahmat) Allah untukmu.
ﺃَﺷﺮَﻕَ ﺍﻟﺒَﺪْﺭُ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ – ﻓَﺎﺧْﺘَﻔَﺖْ ﻣِﻨْﻪُ ﺍﻟﺒُﺪُﻭْﺭُBulan purnama telah terbit menyinari kami, pudarlah purnama-purnama lainnya.
ﻣِﺜْﻞَ حُسْنِك ﻣَﺎ ﺭَﺃَﻳْﻨَﺎ – ﻗَﻂُّ ﻳَﺎ ﻭَﺟْﻪَ ﺍﻟﺴُّﺮُﻭْﺭِBelum pernah aku lihat keelokan sepertimu wahai orang yang berwajah riang.
ﺃَﻧْﺖَ ﺷَﻤْﺲٌ ﺃَﻧْﺖَ ﺑَﺪْﺭٌ – ﺃَﻧْﺖَ ﻧُﻮْﺭٌ ﻓَﻮْﻕَ ﻧُﻮْﺭٍEngkau bagai matahari, Engkau bagai bulan purnama, Engkau cahaya di atas cahaya.
ﺃَﻧْﺖَ ﺇِﮐْﺴِﻴْﺮُ ﻭَﻏَﺎﻟِﻲ – ﺃَﻧْﺖَ ﻣِﺼْﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﺼُّﺪُﻭْﺭِEngkau bagaikan emas murni yang mahal harganya, Engkaulah pelita hati.
ﻳَﺎ ﺣَﺒِﻴْﺒِﯽ ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ – ﻳَﺎﻋَﺮُﻭْﺱَ ﺍﻟﺨَﺎﻓِﻘَﻴْﻦِWahai Kekasihku, wahai Muhammad, wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia).
ﻳَﺎ ﻣُﺆَﻳَّﺪْ ﻳَﺎﻣُﻤَﺠَّﺪْ – ﻳَﺎ ﺇِﻣَﺎﻡَ ﺍﻟﻘِﺒْﻠَﺘَﻴْﻦِWahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu), wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.
ﻣَﻦْ ﺭَﺃَﯼ ﻭَﺟْﻬَﻚَ ﻳَﺴْﻌَﺪْ – ﻳَﺎﮔﺮِﻳْﻢَ ﺍﻟﻮَﺍﻟِﺪَﻳْﻦِSiapa pun yang melihat wajahmu pasti berbahagia, wahai orang yang mulia kedua orang tuanya.
ﺣَﻮْﺿُﻚَ ﺍﻟﺼَّﺎﻓِﯽ ﺍﻟﻤُﺒَﺮَّﺩْ – ﻭِﺭْﺩُﻧَﺎ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟﻨُّﺸُﻮْﺭِTelagamu jernih dan dingin, yang akan kami datangi kelak dihari kiamat.
ﻣَﺎ ﺭَﺃَﻳْﻨَﺎ ﺍﻟﻌِﻴْﺲَ ﺣَﻨَّﺖْ – ﺑِﺎﻟﺴُّﺮَﯼ ﺇِﻻَّ ﺇِﻟَﻴْﻚَBelum pernah unta putih berbalur hitam berdenting berjalan malam hari kecuali unta yang datang kepadamu.
ﻭَﺍﻟﻐَﻤَﺎﻣَﻪ ﻗَﺪْ ﺃَﻇَﻠَّﺖْ – ﻭَﺍﻟﻤَﻼَ ﺻَﻠُّﻮﺍ ﻋَﻠَﻴْﻚَAwan tebal memayungimu, seluruh tingkat golongan manusia mengucapkan selawat kepadamu.
ﻭَﺃَﺗَﺎﻙَ ﺍﻟﻌُﻮﺩُ ﻳَﺒْﮑِﻲ – ﻭَﺗَﺬَﻟَّﻞْ ﺑَﻴْﻦَ ﻳَﺪَﻳْﻚَPohon-pohon datang kepadamu menangis bersimpuh merasa hina di hadapanmu.
ﻭَﺍﺳْﺘَﺠَﺎﺭَﺕْ ﻳَﺎﺣَﺒِﻴْﺒِﻲ – ﻋِﻨْﺪَﻙَ ﺍﻟﻈَّﺒْﻲُ ﺍﻟﻨُّﻔُﻮْﺭُKijang gesit datang memohon keselamatan kepadamu wahai kekasih.
ﻋِﻨْﺪَﻣَﺎ ﺷَﺪُّﻭْﺍ ﺍﻟﻤَﺤَﺎﻣِﻞ – ﻭَﺗَﻨَﺎﺩَﻭﺍ ﻟِﻠﺮَّﺣِﻴْﻞِKetika serombongan berkemas dan menyerukan untuk berangkat.
ﺟِﺌْﺘُﻬُﻢْ ﻭَﺍﻟﺪَّﻣْﻊُ ﺳﺂﺋِﻞْ – ﻗُﻠْﺖُ ﻗِﻒْ ﻟِﯽ ﻳَﺎ ﺩَﻟِﻴْﻞُKudatangi mereka dengan berlinang air mata seraya kuucapkan tunggulah wahai pemimpin rombongan.
ﻭَﺗَﺤَﻤَّﻞْ ﻟِﻲ ﺭَﺳﺂﺋِﻞْ – ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟﺸَّﻮْﻕُ ﺍﻟﺠَﺰِﻳْﻞُBawakan aku surat yang berisikan kerinduan yang mendalam.
ﻧَﺤْﻮَﻫَﺎﺗِﻴْﻚَ ﺍﻟﻤَﻨَﺎﺯِﻝِ – ﻓِﯽ ﺍﻟﻌَﺸِﻲِّ ﻭَﺍﻟﺒُﮑُﻮْﺭِMembawakan ke tempat yang jauh ketika petang dan paginya.
ﮐُﻞُّ ﻣَﻦْ ﻓِﯽ ﺍﻟﮕﻮْﻥِ ﻫَﺎﻣُﻮﺍ – ﻓِﻴْﻚَ ﻳَﺎ ﺑَﺎﻫِﻲ ﺍﻟﺠَﺒِﻴْﻦِSetiap orang di seluruh dunia ini keliru (kerana sangat rindu) kepadamu wahai orang yang bersinar kedua keningnya.
ﻭَﻟَﻬُﻢْ ﻓِﻴْﻚَ ﻏَﺮَﺍﻡُ – ﻭَﺍﺷْﺘِﻴَﺎﻕُ ﻭَﺣَﻨِﻴْﻦُMereka terpikat, tergila-gila dan meronta-ronta dengan mu tentang sifatmu.
ﻓِﻲ ﻣَﻌَﺎﻧِﻴْﻚَ ﺍﻷَﻧَﺎﻡُ – ﻗَﺪْ ﺗَﺒَﺪَّﺕْ ﺣﺂﺋِﺮِﻳْﻦَPara makhluk berbeza pendapat dan keliru (tidak mampu menyifati dengan sempurna).
وَصَلَاةُ اللَّهِ تَغْشَا – عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِDan selawat Allah SWT semoga tercurah.
أَحْمَدَ الهَادِی مُحَمَّدْ – صَاحِبَ الوَجْهِ المُنِيرِUntuk Ahmad sang petunjuk iaitu Nabi Muhammad pemilik wajah yang bersinar.
اَنْتَ لِلرُّسُلِ خِتَامُ – اَنْتَ لِلْمَوْلٰى شَكُوْرُEngkau penutup para Nabi, engkau syukur dari para hamba.
عَبْدُكَ المِسْكِينُ يَرْجُو – فَضْلَكَ الجَمَّ الغَفِيْرَBudakmu yang miskin mengharapkan keutamaanmu yang besar.
فِيْكَ قَدْ اَحْسَنْتُ ظَنِّي – يَابَشِيْرُ يَانَذِيْرُPadamu aku bersangka baik, wahai pemberi kabar gembira, wahai pemberi peringatan.
فَاَغِثْنِي وَاَجِرْنِي – يَا مُجِيْرُ مِنَ السَّعِيْرِMaka tolonglah aku, selamatkanlah aku, wahai sang penyelamat dari api neraka.
يَاغَيَاثِي يَامَلَاذِي – فِي مُهِمَّاتِ الاُمُوْرِWahai penolong, wahai pelindung dalam urusan-urusan genting.
سَعِدَ عَبْدٌ قَدْ تَمَلّٰى – وَانْجَلٰى عَنْهُ الحَزِيْنُBahagianya hamba merasa senang, hilanglah darinya kesedihan.
فِيْكَ يَا بَدْرٌ تَجَلّٰي – فَلَكَ الوَصْفُ الحَسِيْنُPadamu nampak purnama, padamu ada sifat yang indah.
لَيْسَ اَزْكٰى مِنْكَ اَصْلًا – قَطُّ يَا جَدَّ الحُسَيْنِTidak ada yang lebih bersih asalnya sama sekali dari padamu wahai datuk Hasan dan Husain.
فَعَلَيْكَ اللّهُ صَلّٰى – دَآئِمًا طُوْلَ الدُّهُوْرAllah SWT haruskan selawat untukmu selamanya sepanjang masa.
يَا وَلِيَّ الحَسَنَاتِ – يَا رَفِيْعَ الدَّرَجَاتِWahai Allah SWT penguasa kebaikan-kebaikan, wahai Allah SWT yang Maha tinggi kedudukannya.
كَفِّرْ عَنِّيَ الذُّنُوبَ – وَاغْفِرْ عَنِّي السَّيِّئَاتِPalingkan dariku dosa, dan ampunilah keburukan-keburukanku.
اَنْتَ غَفَّارُ الخَطَيَا – وَالذُّنُوْبِ المُوْبِقَاتِEngkau maha pengampun kesalahan-kesalahan dan dosa yang membinasakan.
اَنْتَ سَتَّارُ المَسَاوِي – وَمُقِيْلُ العَثَرَاتِEngkau maha penutup aib-aib, dan pemaaf atas kesalahan-kesalahan.
عَالِمُ السِّرِّ وَاَخْفٰى – مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِEngkau maha tahu yang samar dan tersembunyi, yang mengabulkan doa-doa.
رَبِّ فَارْحَمْنَا جَمِيْعًا – بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِYa Allah ya Tuhanku kasihilah kami semua dengan seluruh kebaikan-kebaikan.
وصلاة الله تغشا – عد تحرير السطور
أحمد الهادی محمد – صاحب الوجه المنير
Dan selawat Allah SWT semoga tercurah atas Ahmad sang petunjuk iaitu Nabi Muhammad pemilik wajah yang bersinar.
مَرْحَبًايَانُوْرَالْعَيْنِيْSelamat datang wahai cahaya mataku.
مَرْحَبًاجَدَّالحُسَيْنِSelamat datang wahai datuk Hasan-Husain.
مَرْحَبًا أَهْلًا وَسَهْلًاSelamat datang, selamat datang.
مَرْحَبًا يَا خَيْرَ دَاعِSelamat datang penyeru terbaik ke jalan Allah SWT.
Selawat Marhaban

Semoga perkongsian Selawat Marhaban ini bermanfaat dan seterusnya boleh dijadikan panduan untuk anda semua diluar sana!

Selamat beramal! Semoga Allah SWT sentiasa menerima amalan kita. Allahumma Aamiin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More