Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023

Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023 telah dibuka bermula 17 hingga 21 Julai 2023.

Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) telah dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2022 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.

Seperti yang kita maklum, baru-baru ini calon-calon SPM 2022 yang layak telah membuat permohonan YTP MARA, justeru kini Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023 telah dikeluarkan mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dibawah.

Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023 yang dibuka ini adalah Semakan Panggilan Temuduga YTP 2023 kepada mereka yang layak.

Isi Kandungan

Apa Itu YTP MARA?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.

Syarat-syarat umum kelayakan permohonan YTP MARA 2023 ini adalah:

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan.
  5. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2022.
  6. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Sekiranya pemohon didapati memberikan maklumat palsu, MARA juga berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Jumlah pinjaman yang akan diterima jika pemohon berjaya mendapatkan tawaran pinjaman adalah seperti ketetapan berikut:

  • Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
  • Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
  • Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023

Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023 boleh mula disemak pada 17/07/2023 (jam 3:00 pm) hingga 21/07/2023 (jam 11:59 pm) sahaja.

Sila membuat Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023 anda mengikut pautan berikut:

>>>Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023<<<

Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan Permohonan YTP MARA 2023 ini, sila rujuk pautan yang telah disediakan atau emelkan kepada [email protected].

Semoga anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran YTP MARA 2023 ini!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More