Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan SPM 2023 Diumumkan Pada 27 Mei 2024

Semakan Keputusan SPM 2023 akan diumumkan bermula pada 27 Mei 2024, jam 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon serta cara untuk membuat rayuan semak semula keputusan.

Isi Kandungan

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2023

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2023 adalah pada tarikh dan waktu seperti ketetapan berikut iaitu

  • Hari: Isnin, 27 Mei 2024.
  • Masa: 10.00 pagi.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 itu telah dimaklumkan melalui kenyataan media rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM memaklumkan bahawa seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Semakan Keputusan SPM 2023 Diumumkan Pada 27 Mei 2024 1
Semakan Keputusan SPM 2023 Diumumkan Pada 27 Mei 2024 2

Mengapa Keputusan SPM Diumumkan Pada 27 Mei 2024?

Ia adalah berdasarkan ketetapan tempoh yang diperlukan untuk memproses keputusan peperiksaan dengan tepat dan teliti.

Tempoh ini penting untuk memastikan maklumat tersebut adalah tepat sebelum diserahkan kepada pihak berkeperluan seperti Unit Pusat Universiti (UPU), Bahagian Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Adakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2023 Ini Akan Menjejaskan Cuti Atau Perancangan Perjalanan Guru?

TIDAK.

Guru boleh meneruskan perancangan yang telah dibuat. Pihak sekolah mempunyai masa yang panjang untuk membuat persediaan / pengurusan pengumuman keputusan SPM Tahun 2023 di sekolah masing-masing.

Pengurusan Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2023

Sesi Libat Urus (SLU) akan diadakan dalam waktu terdekat dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan kelancaran pengumuman keputusan SPM Tahun 2023 dan dalam masa yang sama menjamin kesejahteraan guru.

Cara Semakan Keputusan SPM 2023

Terdapat 3 cara semakan bagi calon-calon untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah.

KPM memaklumkan 3 kaedah semakan keputusan iaitu:

Semakan Di SekolahCalon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Semakan Secara Dalam Talian (Online)Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian (online) menerusi pautan 
https://www.myresultspm.moe.gov.my
untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.
Semakan Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.
Semakan Keputusan SPM 2023
Semakan Keputusan SPM 2023 Diumumkan Pada 27 Mei 2024 3
Semakan Keputusan SPM 2023

Rayuan Semak Semula Keputusan SPM 2023

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (eLP) hanya dibuka kepada calon yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran. Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

  • Bagi Permohonan Melalui Pos
  1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  2. Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan (LP)
  1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  2. Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  3. Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan SPM 2023 ini, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing atau dapatkan info terkini melalui saluran-saluran berikut:

Keputusan adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More