Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan SPM 2024 Diumumkan Pada 24 April 2025

Semakan Keputusan SPM 2024 akan diumumkan bermula pada 24 April 2025, jam 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon serta cara untuk membuat rayuan semak semula keputusan.

Isi Kandungan [show]

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2024

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2024 adalah pada tarikh dan waktu seperti ketetapan berikut iaitu

  • Tarikh: 24 April 2025.
  • Hari: Khamis.
  • Masa: 10.00 pagi.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 itu telah dimaklumkan melalui Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Semakan Keputusan SPM 2024 Diumumkan Pada 24 April 2025 1

Cara Semakan Keputusan SPM 2024

Terdapat 3 cara semakan bagi calon-calon untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah.

Semakan Keputusan SPM 2024 Diumumkan Pada 24 April 2025 2

KPM memaklumkan 3 kaedah semakan keputusan iaitu:

Semakan Di SekolahCalon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025.
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Semakan Secara Dalam Talian (Online)Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian (online) menerusi pautan 
https://www.myresultspm.moe.gov.my
untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 hingga pukul 6.00 petang 30 April 2025.
Semakan Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 April 2025, pukul 10.00 pagi sehingga 30 April 2025, pukul 6.00 petang.

Rayuan Semak Semula Keputusan SPM 2024

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (eLP) hanya dibuka kepada calon yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran. Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

Bagi Permohonan Melalui Pos1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
2. Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan (LP)1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
2. Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
3. Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan SPM 2024 ini, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing atau dapatkan info terkini melalui saluran-saluran berikut:

Keputusan adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More