Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan STPM 2023 Diumumkan Pada 23 Julai 2024

Semakan Keputusan STPM 2023 akan diumumkan pada 23 Julai 2024, mulai jam 11.30 pagi.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon serta cara untuk membuat rayuan semak semula keputusan.

Isi Kandungan

Tarikh Semakan Keputusan STPM 2023

Tarikh Semakan Keputusan STPM 2023 adalah pada tarikh dan waktu seperti ketetapan berikut iaitu

  • Hari & Tarikh: Selasa, 23 Julai 2024.
  • Masa: 11.30 pagi.
Semakan Keputusan STPM 2023 Diumumkan Pada 23 Julai 2024 1

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 itu telah dimaklumkan melalui kenyataan media rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM memaklumkan bahawa seramai 41,548 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2023 di 657 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 16,387 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan tersebut.

Semakan Keputusan STPM 2023 Diumumkan Pada 23 Julai 2024 2
Semakan Keputusan STPM 2023 Diumumkan Pada 23 Julai 2024 3

Cara Semakan Keputusan STPM 2023

MPM memaklumkan, terdapat dua (2) kaedah semakan keputusan bagi calon-calon untuk mendapatkan keputusan peperiksaan STPM mereka. Sila rujuk langkah-langkah semakan seperti berikut:

Semakan Secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)Calon sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan / Swasta / Persendirian Individu boleh membuat semakan dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023.
Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11.00 pagi pada 23 Julai 2024 (selasa) sehingga 12.00 tengah hari pada 30 Julai 2024 (selasa).
Semakan Secara Dalam Talian (Online)Calon sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan / Swasta / Persendirian Individu juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian (online) menerusi portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM Tahun 2023 mulai pukul 11.30 pagi pada 23 Julai 2024.

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2023

Rayuan semak semula keputusan peperiksaan STPM akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan dan akan diumumkan nanti.

Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM 50.00 bagi satu mata pelajaran dan permohonan rayuan perlu dibuat secara atas talian (online) pada Sistem Semak Semula Keputusan STPM.

Semakan Semak Semula Keputusan

Keputusan akan diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh tutup permohonan rayuan dibuka.

Semakan semak semula keputusan juga boleh dibuat pada Sistem Semak Semula Keputusan STPM.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan STPM 2023 ini, sila e-mel kepada [email protected].

Keputusan adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More