Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Semakan Keputusan UPUOnline 2023

Semakan Keputusan UPUOnline 2023 bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2023/2024 bagi program pengajian lepasan SPM serta rayuan UPU kini telah diumumkan.

Dimaklumkan bahawa tarikh Semakan Keputusan UPUOnline 2023 bagi lepasan SPM dan setaraf bagi sesi 2023/ 2024 adalah mulai 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari) hingga 16 Julai 2023 (5.00 petang).

Isi Kandungan

Semakan Keputusan UPUOnline 2023

Semakan Keputusan UPUOnline 2023 boleh dibuat pada URL berikut:

Tawaran UPUOnline ini tidak akan terjejas walaupun calon telah mendapat tawaran atau telah mendaftar dengan institusi pendidikan tinggi yang lain seperti IPTS, MATRIKULASI, IPGM dan lain-lain.

Semakan Keputusan UPUOnline 2023

Tempoh Setuju Terima Tawaran UPUOnline 2023

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh 8 hingga 16 Julai 2023.

Langkah-langkah bagi membuat semakan dan pengesahan setuju terima tawaran adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan yang telah disediakan.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan’.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 8 hingga 16 Julai 2023.

Rayuan UPUOnline 2023

Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024 adalah hanya untuk calon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPUOnline dan rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.

Tarikh semakan rayuan adalah pada minggu ke-4 Oktober 2023.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2023

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar bagi tahun 2023:

tarikh penting upuonline permohonan 2023 2024 upu

Maklumat Lanjut 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan UPUOnline 2023 ini, sila rujuk saluran berikut:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tawaran adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More