Terkini Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM 2023
Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM 2023 bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2023 / 2024 bagi program pengajian lepasan STPM dan setaraf kini telah diumumkan.
Dimaklumkan bahawa tarikh Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM 2023 iaitu bagi lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2023 / 2024 adalah mulai 7 September 2023, jam 12.00 tengah hari.
Isi Kandungan
Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM 2023
Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM 2023 boleh dibuat pada URL berikut:
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
Tawaran UPUOnline ini tidak akan terjejas walaupun calon telah mendapat tawaran atau telah mendaftar dengan institusi pendidikan tinggi yang lain seperti IPTS, MATRIKULASI, IPGM dan lain-lain.
Tempoh Setuju Terima Tawaran UPUOnline 2023
Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh 8 hingga 16 September 2023.
Langkah-langkah bagi membuat semakan dan pengesahan setuju terima tawaran adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan yang telah disediakan.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan’.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 8 hingga 16 September 2023.
Rayuan UPUOnline 2023
Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM atau setaraf Sesi Akademik 2023 / 2024 adalah hanya untuk calon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik dalam tempoh 10 hari mulai 7 September 2023, jam 12.00 tengah hari sehingga 16 September 2023, jam 5.00 petang.
Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline. Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023 / 2024 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA / ILKA tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
- NO TEL: 03 – 8684 2363
- ALAMAT EMEL: [email protected]
- SISTEM MAKLUMBALAS UPU
- UPUChat
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2023
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar bagi tahun 2023:
**Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM 2023 ini, sila rujuk saluran berikut:
- FACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
- TALIAN HOTLINE: 03 8870 8200 / 03-8870 6769 / 6121/ 6829 / 6774
- FAKS: 03 8870 6864
- ALAMAT EMEL: [email protected]
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tawaran adalah muktamad, semoga berjaya!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.