Semakan Layak Temuduga Dan UKF PDPP Tahun 2024
Berikut adalah info terkini mengenai semakan layak temuduga dan UKF untuk Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Bagi Latihan Pra Perkhidmatan PDPP bagi Tahun 2024.
Isi Kandungan
Tarikh-Tarikh Penting PDPP Tahun 2024
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG, KPM) bagi Tahun 2024.
Oleh itu, berikut adalah tarikh-tarikh penting PDDP bagi Tahun 2024:
Aktiviti | Tarikh |
---|---|
Permohonan dalam talian | 13 – 19 Ogos 2024 |
Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian | 14 – 16 & 19 – 22 Ogos 2024 |
Semakan Layak Temuduga Dan UKF | 3 September 2024 |
Pelaksanaan Temuduga dan UKF | 9 – 12 September 2024 |
Semakan keputusan permohonan berjaya | 25 September 2024 |
Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (secara dalam talian) | 9 Oktober 2024 |
Pengumuman Semakan Layak Temuduga Dan UKF
Semakan keputusan panggilan Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) PDPP Tahun 2024 adalah bermula jam 10.00 pagi, 3 September 2024 (Selasa) dan semakan boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>Semakan Layak Temuduga Dan UKF PDPP Tahun 2024<<<
Temuduga
Berikut adalah beberapa tips untuk menghadapi temuduga bagi semua calon PDPP untuk kemasukan ke IPG, iaitu:
Persiapan Awal | Pastikan anda mengetahui latar belakang IPG, misi, visi, dan program-program yang ditawarkan. Fahami kursus atau program yang anda pohon, termasuk syarat kemasukan, prospek kerjaya, dan mengapa anda berminat dalam bidang tersebut. Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti sijil akademik, surat sokongan, dan dokumen lain yang relevan. |
Penampilan Diri | Pakai pakaian formal yang sesuai ketika sesi temuduga. Lelaki boleh mengenakan kemeja dan seluar slack, manakala perempuan boleh memakai baju kurung atau pakaian formal yang sesuai. Pastikan anda menunjukkan personaliti yang positif, yakin, dan sopan sepanjang sesi temuduga. |
Kemahiran Komunikasi | Gunakan bahasa yang sopan dan jelas semasa menjawab soalan. Elakkan penggunaan bahasa pasar atau slanga. Jawab soalan dengan ringkas tetapi padat. Cuba kaitkan jawapan anda dengan pengalaman peribadi atau pengetahuan yang relevan. |
Pengetahuan Am | Kemaskini diri anda dengan isu-isu semasa, terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan dan negara. Fahami sejarah pendidikan di Malaysia dan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. |
Ujian Kecergasan Fizikal
Untuk calon yang memohon PDPP, salah satu ujian yang perlu ditempuh adalah Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).
Bagi memastikan calon layak bagi menyambung pengajian bagi program diploma tersebut, mereka perlulah melepasi ujian ini.
UKF adalah kaedah yang digunakan dalam usaha mengenal pasti tahap kecergasan calon guru.
Ini bagi memastikan bakal guru mempunyai kecergasan yang baik bagi melahirkan guru siswazah yang sentiasa sihat, ceria, berdisiplin, berpekerti mulia, serta berwibawa dan berwawasan seiring dengan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan.
Calon PDPP akan diuji dengan ujian-ujian seperti berikut:
Larian | Calon dikehendaki menjalankan jarak tertentu dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, larian 2.5 kilometer dalam masa yang ditetapkan. |
Sit-Up | Calon akan diuji dalam jumlah sit-up yang boleh dilakukan dalam satu minit. |
Push-Up / Tekan Tubi | Calon akan diuji dalam jumlah push-up yang boleh dilakukan dalam satu minit. |
Pull-Up | Calon akan diuji dalam jumlah pull-up yang boleh dilakukan. |
Bebanan | Calon akan diuji dalam mengangkat bebanan tertentu seperti mengangkat barbel atau melakukan aktiviti yang melibatkan angkat dan bawa. |
Ujian Kardiovaskular | Calon akan diuji melibatkan aktiviti seperti melompat, berjalan pantas, atau mengikut pola lantai tertentu untuk menguji daya tahan kardiovaskular mereka. |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Layak Temuduga Dan UKF PDPP bagi Tahun 2024 ini, sila hubungi alamat berikut:
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat: 03 – 8312 6666 / 03 – 8312 6720 / 6730 / 6768 / 6627 / 6758 / 6693 / 6733
No Fax: 03 – 8312 6655
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!