Cara Buat Semakan PraSekolah Tahun 2022,Rayuan dan Pendaftaran Secara Online
Semakan Prasekolah Tahun 2022, Rayuan Permohonan dan Pendaftaran Tahun 2022 ini disediakan bagi membantu golongan ibu bapa dalam menguruskan pendidikan anak kecil mereka. Moga-moga artikel ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih baik.
Isi Kandungan
Prasekolah Tahun 2022
Prasekolah merupakan salah satu platform awal bagi menerapkan sistem pendidikan kepada anak-anak kecil dalam lingkungan umur 4 Tahun hingga 6 Tahun. Tetapi, ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak kecil mereka ke prasekolah semasa berumur 3 Tahun. Pendedahan awal kepada anak-anak kecil amatlah penting bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan menerima pembelajaran di Darjah 1 kelak.
Secara umumnya, di prasekolah anak-anak kecil akan diajar cara menulis, membaca dan mengeja. Mereka bahkan dilatih melukis dan berkomunikasi sesama rakan mereka. Maka dengan itu, ibu bapa amatlah digalakkan untuk menghantar anak-anak anda ke prasekolah untuk pendedahan awal.
Semakan Prasekolah Tahun 2022, Rayuan Semula dan Pendaftaran
Pada kali ini, akan diberikan perkongsian cara membuat semakan prasekolah tahun 2022, buat rayuan semula dan cara membuat pendaftaran. Moga-moga bermanfata buat anda semua.
Langkah Buat Semakan Prasekolah Tahun 2022
Untuk membuat semakan, anda boleh memili untuk melakukannya secara:
- MANUAL
- Anda boleh menghubungi atau bertanyakan kepada pihak pentadbiran prasekolah yang anda pohon.
- ATAS TALIAN
- LANGKAH PERTAMA: Log masuk ke dalam sistem ePrasekolah menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan sebelum ini.
- LANGKAH KEDUA: Di bahagian paparan utama, anda perlu mencari butang “Semakan”.
- LANGKAH KETIGA: Tekan pada butang tersebut dan anda akan dipaparkan status prasekolah anak-anak anda.
- LANGKAH KEEMPAT: Jikalau berjaya, muat turun surat pengesahan tawaran kemasukan ke prasekolah.
- LANGKAH KELIMA: Jikalau tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan semula atau pendaftaran semula ke prasekolah lain.
- LANGKAH KEENAM: Jikalau status lain, buat kemaskini maklumat dan dokumen penting pendaftaran anak anda.
Berikut merupakan jenis status permohonan pendaftaran prasekolah tahun 2022 bagi anak anda. Fahami status di bawah dan ambil tindakan yang seterusnya.
KATEGORI STATUS |
PENJELASAN |
BERJAYA |
|
TIDAK BERJAYA |
|
DISAHKAN |
|
MENUNGGU PENGESAHAN |
|
TIDAK LENGKAP |
|
Langkah Buat Rayuan Semula
Sekiranya anak anda tidak berjaya menempatkan diri dalam prasekolah yang dipohon, anda boleh membuat rayuan semula. Terdapat 3 cara untuk mebuat rayuan semula, iaitu:
- Melalui portal rasmi ePrasekolah, ATAU
- Melalui pentadbir prasekolah/sekolah yang dipohon, ATAU
- Melalui PPD/PPW/JPN
Berikut merupakan langkah rayuan semula bagi sistem ePrasekolah:
- LANGKAH PERTAMA: Setelah membuat semakan, anda akan mendapat status “Tidak Berjaya”.
- LANGKAH KEDUA: Di sebelah kotak status itu, anda perlu menekan butang “Mohon Rayuan”. Anda akan dibawa ke paparan untuk melengkapkan maklumat.
- LANGKAH KETIGA: Masukkan segala maklumat yang dihantar dan tekan butang “Hantar Rayuan”.
- LANGKAH KEEMPAT: Anda perlu menunggu pengesahan seterusnya dibuat.
Langkah Buat Pendaftaran Prasekolah
Ibu bapa atau penjaga yang masih belum mendaftarkan anak-anak kecil anda ke mana-mana prasekolah, anda boleh berbuat sedemikian dengan segera. Berikut merupakan langkah yang diperlukan:
- LANGKAH PERTAMA: Layari laman web rasmi ePrasekolah. Tekan link di sini.
- LANGKAH KEDUA: Anda perlu mendaftar sebagai pengguna bagi pengguna baharu, dan yang sudah ada anda perlu log masuk.
- LANGKAH KETIGA: Log masuk menggunakan maklumat yang anda daftarkan tadi.
- LANGKAH KEEMPAT: Klik pada butang “Borang Permohonan Prasekolah”. Anda akan dibawa ke paparan pengisian maklumat.
- LANGKAH KELIMA: Isi dan masukkan segala maklumat yang diminta.
- LANGKAH KEENAM: Pilih sekolah yang anda mahukan.
- LANGKAH KETUJUH: Ibu bapa atau penjaga perlu mengesahkan bahawa semua maklumat yang diisi adalah benar.
- LANGKAH KELAPAN: Hantar borang permohonan anda dengan menekan butang. Jangan lupa untuk muat turun dan simpan borang permohonan anda untuk rujukan masa depan.
- LANGKAH KESEMBILAN: Tunggu permohonan disahkan dan boleh membuat semakan secara atas talian untuk proses seterusnya.
*NOTIS:
Anda juga boleh membaca artikel berkaitan SMPK Login: Maklumat Sistem Prasekolah Kebangsaan dan Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2022.
Kegunaan Sistem ePrasekolah
Sistem ePrasekolah
Sistem ePrasekolah diwujudkan bagi memudahkan proses pendaftaran prasekolah, semak permohonan dan membuat rayuan. Melalui cara ini, proses permohonan akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa bagi kedua-dua belah pihak. Ketika mendaftar sistem ini, pastikan anda mengingat segala butiran yang dimasukkan bagi mengelakkan masalah.
Fungsi ePrasekolah Untuk Semakan Prasekolah Tahun 2022
Berikut merupakan senarai fungsi yang boleh anda gunakan dalam sistem ePrasekolah ini.
- FUNGSI 1
FUNGSI |
PENJELASAN |
Permohonan ke Prasekolah |
|
|
|
|
- FUNGSI 2
FUNGSI |
PENJELASAN |
Kemas Kini Maklumat |
|
|
|
|
- FUNGSI 3
FUNGSI |
PENJELASAN |
Carian Maklumat Prasekolah Berdaftar |
|
|
|
|
- FUNGSI 4
FUNGSI |
PENJELASAN |
Status Pendaftaran Murid |
|
|
|
|
*NOTIS:
Untuk menggunakan fungsi semakan prasekolah tahun 2022 yang ada pada laman web ini, anda perlulah membuat atau mempunyai 1 akaun. Langkah-langkah membuat akaun sudahpun dijelaskan di atas. Moga-moga dapat membantu anda dan si anak kecil.
Senarai Prasekolah Mengikut Negeri
Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari atau ingin membuat persediaan awal untuk sesi prasekolah anak-anak anda, anda boleh membuat carian mengikut negeri. Melalui laman web yang dikongsikan ini, anda bukannya sahaja boleh menyemak senarai prasekolah, bahkan:
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- Pra Universiti
- Institut Pengajian Tinggi
- Institut Latihan Kemahiran
Ikuti langkah di bawah bagi menggunakan laman web ini dengan betul supaya carian yang anda lakukan mengikut kehendak anda.
- Bukak laman web Semakan Senarai Institut Pendidikan Kerajaan Malaysia.
- Masukkan jenis kategori anda.
- Tetapkan kategori institusi, jenis institusi dan negeri.
- Pilih daerah mengikut lokasi yang anda inginkan bagi mendapatkan hasil carian yang lebih memuaskan.
- Sekiranya anda mencari institusi untuk golongan OKU, anda boleh meletakkan “Ada”.
- Tekan butan “Carian”.
- Hasil paparan akan menunjukkan senarai prasekolah mengikut apa yang anda masukkan sebentar tadi.
Untuk buat carian selain daripada prasekolah, anda boleh merujuk di bawah ini.
JENIS SELAIN PRASEKOLAH |
LINK PAUTAN |
Tabika Kemas |
|
Tabika Perpaduan |
|
Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) |
|
Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) |
Manual Pengguna Semakan Prasekolah Tahun 2022
Kepada ibu bapa yang masih ragu-ragu dan belum jelas langkah membuat semakan prasekolah tahun 2022 buat anak-anak anda, anda bolehlah memuat turun Manual Pengguna Semakan Prasekolah. Moga-moga dapat membantu anda dengan lebih baik.
Soalan Lazim Semakan Prasekolah Tahun 2022
Bilakah semakan prasekolah bagi tahun 2022 boleh dibuat?
- Semakan bagi keputusan kemasukan anak-anak boleh dibuat mulai 5 Ogos di laman web ePrasekolah.
Bolehkah saya membuat rayuan semula buat anak saya apabila semakan prasekolah tahun 2022 tidak berjaya?
- Ya, anda boleh membuat rayuan semula ke sekolah yang tidak berjaya melalui ePrasekolah atau menghubungi pihak pentadbir prasekolah tersebut.
Perlukah saya membuat akaun bagi ePrasekolah ini?
- Amatlah digalakkan untuk membuat permohonan anak-anak anda melalui sistem ePrasekolah ini kerana anda akan mendapat segala notifikasi permohonan anda di sini.
Saya tidak tahu mahu mendaftarkan anak saya ke prasekolah mana satu. Apa saya oerlu lakukan?
- Anda boleh membuat senarai carian prasekolah berdaftar di Malaysia melalui laman web rasmi ePrasekolah atau Semakan Senarai Institut Pendidikan Kerajaan Malaysia.
Apakah yang perlu saya lakukan setelah pendaftaran berjaya?
- Setelah pendaftaran anak anda ke prasekolah berjaya, anda boleh menyediakan kelengkapan sekolah ataupun terus menghubungi pentadbir sekolah berkenaan bagi dapatkan input lanjut.
Buat Semakan Prasekolah Tahun 2022 Sekarang
Diharapkan agar perkongsian artike berkaitan semakan prasekolah tahun 2022 pada kali ini dapat membantu para ibu bapa yang masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Rancanglah pendidikan anak anda dengan sebaik mungkin. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada mereka. Bentukkanlah mereka supaya menjadi insan pemacu kepada dunia, agama, nusa dan bangsa.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Itulah maksud anak-anak kita kepada negara Malaysia.