TERKINI SEMAKAN STATUS PERMOHONAN POLIS 2023
Semakan Status Permohonan Polis 2023 bagi jawatan kosong Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh disemak oleh semua calon-calon yang telah membuat permohonan. Terdahulu, jawatan kosong Konstabel Polis Diraja Malaysia telah dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan dan semakan status panggilan pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan fizikal bagi kedua-dua jawatan ini telah dibuka bermula pada 10 Februari 2023.
Isi Kandungan
Cara Semakan Status Permohonan Polis 2023
Bagi semua calon-calon yang telah membuat permohonan, disini admin akan kongsikan cara-cara untuk membuat semakan status permohonan polis 2023 bagi panggilan pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan fizikal bagi jawatan tersebut.
- Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ pada Sistem e-Pengambilan PDRM
- Klik pada ‘Semak Status Permohonan’
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan
- Keputusan permohonan akan dipaparkan
- Cetak surat panggilan pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan fizikal tersebut
Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info Instagram dan Facebook Unit Pengambilan PDRM.
Siapakah Yang Dikehendaki Membuat Semakan Status Permohonan?
Adakah semua jawatan yang telah diiklankan terdahulu boleh membuat semakan status permohonan polis 2023? Tidak! Hanya jawatan-jawatan yang disenaraikan berikut sahaja boleh membuat semakan, iaitu:
Jawatan |
Tarikh Iklan |
|
|
|
|
- Calon boleh membuat semakan status permohonan pada link yang disertakan dibawah.
>>> SEMAKAN STATUS PERMOHONAN<<<
- Semakan status permohonan bermula 10 Februari 2023 hingga 13 Mac 2023.
Mohon perhatian, iklan Semakan Status Permohonan Polis 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan ini adalah bukan tanggungjawab kami.
Maklumat Tambahan
Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong AirAsia Cabin Crew Kemasukan Februari 2023, Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.
Jenis Ujian-Ujian Kecergasan Fizikal
Disini admin kongsikan sedikit jenis-jenis ujian kecergasan fizikal yang kebiasaannya perlu dilakukan oleh semua calon-calon yang berjaya ke ujian kecergasan fizikal antaranya adalah seperti yang berikut:
- Body Mass Index (BMI)
- Ujian Pancaindera
- Ujian Kawad
- Ujian Kekuatan Fizikal
Apa Tips Menghadapi Ujian Kecergasan Fizikal?
Ujian kecergasan fizikal merupakan satu ujian di mana fizikal dan pancaindera calon pekerja diuji oleh penilai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menyaring calon-calon yang layak menjawat jawatan dari segi fizikal diri. Ujian kecergasan fizikal ini bukan sahaja melibatkan ukuran berat badan, malah melibatkan pengukuran tahap penglihatan, pendengaran, dan kekuatan fizikal. Pasti ramai dalam kalangan kita yang berminat untuk bekerja dalam unit beruniform kan? Jadi, calon-calon yang berjaya ke ujian kecergasan fizikal ini perlu LULUS untuk ke peringkat seterusnya sebelum mendapat lantikan jawatan. Oleh itu, disini admin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi ujian kecergasan fizikal kepada semua calon-calon yang berjaya ke ujian kecergasan fizikal tersebut. Antara tipsnya adalah:
- Calon-calon haruslah mendapatkan berat badan yang ideal dengan BMI tidak kurang atau tidak melebihi daripada yang ditetapkan seminggu sebelum ujian fizikal untuk memastikan calon dapat ke peringkat seterusnya.
- Calon-calon mestilah belajar cara untuk berkawad bagi persediaan walaupun tiada makluman calon akan diuji dengan berkawad dan kemungkinan besar calon akan diuji.
- Calon-calon mestilah memperbanyakkan membuat latihan fizikal untuk mendapatkan kekuatan fizikal.
- Calon-calon mestilah memperbanyakkan membuat latihan larian setiap hari sebelum menghadapi ujian fizikal untuk kuatkan stamina.
- Calon-calon jangan terlalu pandang rendah pada ujian kecergasan fizikal.
- Calon-calon mestilah fokus dan buat yang terbaik semasa ujian berlangsung.
Diharapkan tips-tips yang diberikan ini dapat membantu anda untuk membuat persediaan menghadapi ujian kecergasan fizikal tidak lama lagi. Apa yang penting calon-calon perlu membuat persediaan yang banyak, Insha Allah ada rezeki untuk anda. Semoga Berjaya!!