Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Jun 2021

Disini kami kongsikan cara semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar. Mengikut pada jadual baru i-Sinar, penerima bagi Kategori 1 akan dibayar dahulu, kemudian diikuti Kategori 2.
Pembayaran bulan Jun DIJANGKA akan bermula pada tarikh 1 Jun 2021. Dan akan dibayar secara berperingkat mengikut batch/kumpulan masing-masing.

Menurut sumber dari KWSP melalui i-Akaun, pembayaran seterusnya akan bermula pada bulan Jun :

  • Pembayaran DIJANGKA bermula pada 1 Jun 2021
  • Pembayaran adalah secara berperingkat mengikut batch
  • Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut
  • Pembayaran ini hanya mereka yang memohon i-Sinar pada Januari 2021, buka permohonan i-Sinar tanpa syarat.
  • Jadual penuh bulan Jun akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadual penuh bulan Jun pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

Cara Buat Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar

Bagi anda yang ingin membuat semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar, berikut ialah langkah untuk menyemak status i-Sinar :

  1. Sila layari atau klik pautan https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Kemudian klik pada bahagian “Semak Status Permohonan”
  3. Setelah itu, masukkan Nombor MyKad/MyPR serta nombor telefon bimbit seperti yang diisi semasa permohonan dibuat.
  4. Tanda pada kotak “Saya bukan robot”
  5. Akhir sekali, klik pada butang “Semak Status”
  6. Selesai, butiran akan dipaparkan.

Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Jun 2021

Soalan Lazim

  • Bilakah pembayaran i-Sinar pada Bulan Jun?
    • Untuk bulan Jun, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat. Sila rujuk jadual sini untuk maklumat lanjut.
  • Kenapa pembayaran i-Sinar saya kredit?
    • Pembayaran yang gagal ada beberapa kemungkinan, antaranya disebabkan akaun penerima salah atau tidak aktif.
  • Kenapa saya masih tidak dapat bayaran bulan Mei?
    • Sila hubungi pihak KWSP atau pergi ke kaunter KWSP berdekatan.

Dalam pelaksanaan PKP ketika ini, adalah dinasihatkan kepada ahli-ahli untuk buat semakan menerusi i-Akaun secara Online sahaja. Lebih mudah dan selamat.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP ini, anda boleh rujuk i Lestari untuk maklumat & info yang lebih dalam. Rujuk juga FAQ di sini, jika anda ada sebarang pertanyaan.

Sumber : KWSP

Lain – lain permohonan:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More