Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bagi Tahun 2023

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 dan permohonan rayuan kini telah dibuka bermula 3 Julai 2023.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 untuk membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi tahun 2023.

Semakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan 6 secara atas talian (online) atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 sesi 2023/2024 bagi pelajar lepasan SPM 2022.

Isi Kandungan

Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6

Bagi tahun 2023, tarikh Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 bagi sekolah harian diumumkan telah dibuka mulai 3 Julai 2023 (isnin) bermula jam 12.01 pagi.

Semakan boleh dibuat secara online atau secara manual melalui sekolah asal masing-masing bermula 3 hingga 17 Julai 2023.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh pihak KPM melalui sebuah kenyataan media rasmi bertarikh 27 Jun 2023.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6

Cara Membuat Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM

Terdapat beberapa kaedah Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6. Ikuti langkah berikut bagi membuat semakan tawaran Tingkatan 6 selengkapnya secara atas talian (online).

  1. Layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam.
  2. Isikan nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang semakan.
  4. Keputusan anda akan dipaparkan.
  5. Cetak keputusan untuk digunakan semasa melapor diri.

semakan

Panduan Mendaftar Tingkatan 6 & Maklumat Lapor Diri

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.

Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.

Tarikh lapor diri adalah 16 Julai bagi murid Kumpulan A, manakala 17 Julai bagi murid Kumpulan B.

Cara mendaftar Tingkatan 6 Semester 1 sesi 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Semakan tawaran ke Tingkatan 6 Semester 1 sesi 2023 boleh dibuat mulai 3 Julai 2023 (Isnin) melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam.
  2. Klik setuju terima tawaran Tingkatan 6 anda mulai 3 hingga 16 Julai 2023.
  3. Cetak surat tawaran anda.
  4. Sediakan semua salinan dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran seperti yang tertera pada surat tawaran.
  5. Daftar diri di sekolah atau pusat Tingkatan 6 yang ditawaran seperti tertera pada surat tawaran pada 17 Julai 2023 mulai jam 8:30 pagi.
  6. Sila bawa semua salinan dokumen yang diperlukan semasa mendaftar pada 17 Julai 2023.
  7. Pastikan anda mendaftar dengan pakaian kemas dan sopan serta lengkap berkasut. Sebarang jenis seluar ‘jeans’ atau seumpamanya adalah DILARANG.
  8. Tampil kemas sebagai seorang pelajar yang matang.
  9. Pelajar lelaki dinasihatkan untuk memotong rambut pendek dan kemas.
  10. Maklumat lengkap berkaitan Tingkatan 6 akan dimaklumkan semasa sesi pendaftaran pelajar.

Cara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6 Bagi Tahun 2023

Berikut adalah 3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 Semester 1 Sesi 2023 bagi murid yang gagal ditawarkan ke Tingkatan 6:

  1. Sila isi permohonan rayuan secara online bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2023 melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam.
    *Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama.
  2. Buat semakan rayuan anda pada 24 Julai 2023 (Isnin). Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.
  3. Tahniah! Sila daftar diri pada 25 Julai 2023 (Selasa) jika rayuan anda berjaya.

Tarikh Permohonan Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 Bagi Tahun 2023

Tarikh permohonan rayuan bagi kemasukan tahun 2023 adalah bermula 3 hingga 17 Julai 2023.

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 24 Julai melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam.

Manakala, tarikh lapor diri bagi ambilan rayuan pula adalah pada 25 Julai 2023.

Tarikh rasmi lapor diri akan dimaklumkan oleh pihak KPM setelah permohonan dibuka.

Murid yang ditawarkan ke Tingkatan 6 perlu melapor diri sekitar bulan Julai di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. Manakala, bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah sekitar bulan Ogos.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 ini, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian atau terus ke alamat BPSH & No Telefon:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

No. Telefon: 03-8884 9370
No. Fax: 03-8888 6671

Semoga info berkaitan Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More