Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024 & Permohonan Rayuan

Berikut adalah info mengenai semakan tawaran Tingkatan 6 2024 dan makluman permohonan rayuan bagi murid-murid yang tidak berjaya.

Isi Kandungan

Mengenai Tingkatan 6

Tingkatan Enam (6) merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal.

Mereka ini akhirnya membawa keseJahteraan kepada negara di samping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.

Tingkatan 6 telah mula beroperasi di Sekolah-Sekolah Menengah Harian Bantuan Penuh Kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu.

Murid-murid yang telah menamatkan Pengajian Menengah Atas dan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan 6, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama tiga (3) semester.

Terdapat dua (2) aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Harian iaitu:

  1. Jurusan Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama).
  2. Jurusan Sains.

Tiga (3) kemahiran utama yang perlu diterapkan dalam pendidikan Tingkatan 6 ialah:

  1. Kemahiran Kognitif.
  2. Kemahiran Manipulatif.
  3. Kemahiran Insaniah (Soft Skills).

Objektif Tingkatan 6 pula adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
  • Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
  • Memberi pendidikan yang setara dengan program pra-universiti yang lain.
  • Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia   (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
  • Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.
Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024 & Permohonan Rayuan 1

Senarai Mata Pelajaran STPM

Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran STPM.

Namun begitu, hanya empat (4) atau lima (5) mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

Manakala, mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid.

Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti ketetapan berikut:

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT)
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz AL-Quran

Kategori Kolej Tingkatan 6

Pusat Tingkatan 6 KPM terdiri daripada 3 kategori, iaitu:

Kolej Tingkatan 6 (Mod 1)Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan 6 sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan 6.
Kolej Tingkatan 6 (Mod 2)Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan 6.
Kolej Tingkatan 6 (Mod 3)Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024 & Permohonan Rayuan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semakan tawaran Tingkatan 6 2024 dan permohonan rayuan akan dibuka mulai 21 Jun 2024 (Jumaat) hingga 1 Julai 2024 (Isnin).

Semakan tawaran Tingkatan 6 2024 dan permohonan rayuan Tingkatan 6 Semester 1 2024 boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024 & Permohonan Rayuan<<<

Tarikh lapor diri ke kolej / pusat Tingkatan 6 adalah pada 1 Julai 2024 (Isnin) bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.

Murid yang tidak mempunyai akses internet boleh membuat semakan melalui sekolah masing-masing.

Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024 & Permohonan Rayuan 2
Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024 & Permohonan Rayuan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan semakan tawaran Tingkatan 6 2024 atau permohonan rayuan, sila rujuk laman web rasmi Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam KPM.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More