Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023
Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 kini telah dibuka mulai 22 November 2023, bermula 10 pagi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 tersebut.
Isi Kandungan
Apa Itu Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)?
Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) merupakan satu ujian yang baru diperkenalkan pada tahun 2022 dimana ujian ini dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Ujian ini telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk semua guru Bahasa Melayu yang bertujuan untuk menghasilkan guru Bahasa Melayu yang kompeten dan profesional.
UPBMG diperkenalkan bagi mencapai matlamat dan objektif berikut:
- Mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu opsyen dan bukan opsyen.
- Meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus.
Calon UPBMG dipilih dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada guru opsyen atau guru bukan opsyen yang mana guru-guru ini adalah guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah KPM.
Sasaran utama bagi tahun 2022-2025 adalah calon yang terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar subjek tersebut di sekolah. Berikut merupakan kumpulan sasaran bagi pelaksanaan UPBMG yang bermula tahun 2022 iaitu:
- Guru opsyen dan bukan opsyen Tingkatan 6.
- Guru opsyen dan bukan opsyen Sekolah Menengah Atas.
- Guru opsyen dan bukan opsyen Sekolah Menengah Rendah.
- Guru opsyen dan bukan opsyen Sekolah Kebangsaan.
- Guru opsyen dan bukan opsyen Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
- Guru opsyen dan bukan opsyen Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Empat kemahiran yang diuji dalam UPBMG ialah:
- Kemahiran Mendengar
- Kemahiran Bertutur
- Kemahiran Membaca
- Kemahiran Menulis
Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM. Keempat-empat kemahiran di atas diuuji dalam UPBMG berdasarkan format dan kaedah berikut:
Kemahiran Mendengar |
|
Kemahiran Bertutur |
|
Kemahiran Membaca |
|
Kemahiran Menulis |
|
Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023
- Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 boleh dibuat mulai 22 November 2023 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi.
- Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 boleh dibuat melalui langkah berikut:
- Semakan melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
- Laman Utama > Calon Peperiksaan > UPBMG > Semak Keputusan UPBMG
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 ini, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia
- Laman Facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia
- Hubungi Bahagian pembinaan dan Pengendalian Kompetensi: 03 – 6126 1634 / 03 – 6126 1745
- E-mel: [email protected]
Diharapkan info terkini tentang Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.