Kini Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE
Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE bermula 1 Julai 2023. Malayan Banking Berhad (Maybank) pada 22 Mei 2023 telah mengeluarkan satu pengumuman penting untuk semua pelanggannya.
Melalui pengumuman berkenaan, Maybank memaklumkan pengesahan Secure2u akan dialihkan sepenuhnya kepada aplikasi MAE bermula 1 Julai.
“Hanya Secure2u melalui aplikasi MAE yang akan digunakan untuk meluluskan kesemua transaksi yang dibuat melalui web Maybank2u, atau melalui aplikasi M2U MY dan aplikasi MAE,” kata pengumuman tersebut.
Difahamkan, langkah tersebut diambil bagi mempertingkatkan sekuriti perbankan buat semua pelanggan.
“Secure2u melalui aplikasi MAE mempunyai ciri sekuriti tambahan bagi melindungi akaun dan wang anda untuk memastikan perbankan yang terselamat. Peningkatan sekuriti perbankan ini adalah selaras dengan hala tuju Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan,” kata Maybank lagi.
Maybank juga mengingatkan orang ramai agar segera mengaktifkan Secure2u melalui MAE kerana pengaktifan buat kali ini memerlukan tempoh pengaktifan selama 12 jam.
Tempoh pengaktifan selama 12 jam itu adalah bagi:
- Pengaktifan Secure2u dalam aplikasi MAE buat pertama kali
- Pengaktifan Secure2u dalam aplikasi MAE untuk peranti yang baru
Dalam tempoh pengaktifan selama 12 jam tersebut, sebarang transaksi lain tidak akan dibenarkan.
Isi Kandungan
Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE
Bagi mereka yang belum membuat pengaktifan, cara mengaktifkan Secure2u menerusi aplikasi MAE adalah seperti berikut:
- Muat turun aplikasi MAE melalui gedung aplikasi Google Playstore, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
- Lancarkan aplikasi MAE dan tekan Secure2u di bahagian Quick Action.
- Tekan Activate Now untuk mengaktifkan Secure2u pada MAE.
- Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS.
- Masukkan nombor ID M2U anda.
- Sahkan nama peranti dan anda sudah bersedia menggunakan pengesahan Secure2u menerusi MAE.
Anda juga boleh merujuk video dibawah untuk langkah-langkah mengaktifkan Secure2u menerusi aplikasi MAE.
Sumber: Maybank2u
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini, sila klik pautan-pautan dibawah
Untuk keterangan lebih lanjut, anda juga boleh menghantar e-mel ke [email protected].
Sekali lagi, diingatkan semua pengguna Maybank untuk segera mengaktifkan Secure2u melalui MAE dengan segera kerana selepas ini Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE.
Diharapkan dengan Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE ini ianya lebih menjaga privacy serta sekuriti semua pengguna Maybank.
Semoga bermanfaat!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.